Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Mantan Pemuda UMNO aset penting parti

December 6, 2017

bundesliga

 

KUALA LUMPUR: Mantan Pemuda UMNO adalah aset penting kepada parti kerana sumbangan dan peranan mereka sememangnya amat besar bagi memastikan parti itu terus relevan hingga kini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, berkata bagi mengekalkan kelangsungan parti, mantan Pemuda UMNO diminta mengetepikan sifat ‘assabiah’ dan semangat ‘kabilah’ serta bersama-sama mencurahkan segala ilmu pengetahuan yang ada kepada pemimpin muda.

“Biarpun ada tembok mahupun kubu menghalang tapi apabila bertekad, kita wajib tentukan kemenangan,” katanya ketika merasmikan Perjumpaan Mantan Pemuda di sini, malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta perjumpaan seperti itu diperluaskan kepada mantan kepimpinan Pemuda dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang akan turut memberikan semangat kekitaan dalam diri anggota komponen BN.

Hishammuddin dalam ucapan ringkasnya menyeru bekas-bekas Pemuda mencurahkan pengalaman kepada orang muda selain merapatkan saf dengan membantu calon-calon BN beroleh kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Majlis berbentuk santai yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 itu bertujuan mengeratkan kembali hubungan silaturahim sesama rakan seperjuangan semasa bergiat dalam Pergerakan Pemuda UMNO.

Perjumpaan Mantan Pemuda itu adalah edisi ke-4 yang mana kali pertama program itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 berlangsung bermula 5 Disember hingga Sabtu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan 5,739 perwakilan menghadiri perhimpunan itu. – BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments