Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

MALAYSIA KECEWA KEPUTUSAN AMERIKA SYARIKAT MENGENAI BAITULMUQADDIS

December 8, 2017

bundesliga

08 Disember 2017

Screen Shot 2017-12-08 at 10.38.53 AM.png

 

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Ramlan Ibrahim melahirkan kekecewaan Malaysia kepada Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Dean Thompson terhadap keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Ramlan bertemu Thompson atas permintaan Kedutaan untuk memaklumkan mengenai keputusan Presiden Donald Trump itu pada Rabu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar semalam. 

Semasa pertemuan itu, Ramlan berkata keputusan itu telah membakar sentimen umat Islam dan tidak menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan rantau itu.

Ia juga menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel dan akan membangkitkan lagi naratif-naratif radikal.

Ramlan mengulangi bahawa Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua pihak dalam mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap konflik tersebut.

Sementara itu hari ini dilaporkan Pemuda Umno serta beberapa lagi NGO akan menyerahkan nota bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat selepas Jumaat ini bag i menzahirkan pendirian Malaysia mengenai isu Baitulmuqaddis ini. 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments