Media pro Pakatan sentiasa memutar belit isu untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
Terbaharu Menteri KPDNK, Hamzah Zainuddin yang menjadi mangsa putar belit apabila dilaporkan berkata harga barang naik berlaku sejak zaman Rasulullah dan kerajaan Najib Razak tidak boleh buat apa-apa bagi menghalang kenaikan harga barangan.
Media pro Pakatan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memesongkan fakta yang melibatkan Islam.
Perbuatan ini sangat bahaya kerana ia sama seperti menghasut orang bukan Islam untuk membenci Islam. SKMM perlu mengambil tindakan tegas terhadap portal pro Pakatan sebagai pengajaran.
Skim Kawalan Harga membolehkan kerajaan mengawal lima harga barang keperluan iaitu minyak masak, gas memasak, tepung, gula dan beras. Malah kerajaan membelanjakan RM2 bil setiap tahun untuk subsidi barangan termasuk.
Bagi barangan keperluan lain, walaupun harga ditentukan pasaran terbuka tetapi kerajaan tetap memantau supaya tidak melampau dan tidak membebankan pengguna.
Pada Perhimpunan PAU2017 juga, Najib telah meluluskan penubuhan Majlis Kos Sara Hidup yang membuktikan kerajaan sangat peduli kehidupan rakyat.