Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

POLITIK BUNUH DIRI – MELAYU

December 19, 2017

bundesliga

Ramai rakyat sering mempertikaikan dan ada antaranya berkata, apa UMNO telah buat kepada orang melayu selama ini? yang berkata sedemikian adalah di kalangan profesional iaitu pegawai kerajaan,dan segelintirnya ahli-ahli UMNO bawahan yang sering tertindas oleh pergolakan politik mengejar kuasa.

Dan ramai pula juga para pemimpin UMNO yang berjaya dalam perniagaan dan menjadi kaya raya hasil dari bantuan kerajaan Barisan Nasional ini telah keluar parti menubuhkan parti-parti lain, yang dalam tak sedar mereka telah berjaya memecah belahkan kekuatan orang-orang melayu, seperti PPBM,PAN, PAS dan Warisan di Sabah.

Admin  tidak menyalahkan sesiapapun  orang melayu, kerana orang yang marah selalunya akan melakukan perbuatan yang tidak masuk akal, kerana akalnya tidak tenteram disebabkan mengejar kuasa.

Suasana politik orang melayu hari ini cukup mencabar hinggakan profesional melayu pun terpengaruh yang mereka langsung tidak memahami jika orang melayu hilang kuasa tidak mungkin orang melayu akan dapat berkuasa dan inilah yang dikatakan ” POLITIK BUNUH DIRI”.

Sekiranya fiasco yang berlaku hari ini dirancang  betul atau tidak oleh pihak gaib (DAP)  dicipta semata- mata untuk menghancurkan kerajaan melayu yang ada, ianya telah berjaya. bak kata pepatah pemimpin Indonesia ” BangsaMelayu Jawa di tumbangkan, bangsa melayu jawa juga yang akan diangkat sebagai pemimpin” bezanya di Malaysia bangsa melayu ditumbangkan bangsa bukan melayu yang akan berkuasa”, cuba dilihat dari segi ekonomi di Malaysia siapa yang berkuasa. 

Dalam pergolakan media sosial sekarang boleh melagakan kayu tunggul dan berkata “tahniah misi sudah berjaya” melancarkan fitnah terhadap pemimpin Negara dan Negeri yang di perintah BN, kepercayaan masyarakat melayu dalam hal-hal fitnah amat meluas dan istiqamah bangsa melayu islam hampir-hampir berakhir menjelang PRU-14, jika bangsa melayu masih tidak sedar di peralatkan.

Cuba kita imbas kembali isu- isu yang ditimbulkan oleh pemimpin pembangkang atau pemimpin yang berbangsa melayu, boleh dikatakan sabah hari hanya pemimpin melayu yang berperang dalam media sosial, yang akhirnya memberi menafaat kepada  pemimpin bukan islam, masalah salah gunakuasa pemimpin bukan islam ini hilang dari pemikiran orang melayu, sedangkan mereka lah yang banyak rasis, rasuah.

Kecelaruan fikiran orang melayu yang berlaku sekarang sama seperti sebelum tertubuhnya UMNO pada tahun 1946. ketika itu British melancarkan apa yang dikenali sebagai Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu yang antaranya untuk mengekang kuasa melayu dan raja-rajanya yang juga terjadi di erah Perdana Menteri 22 tahun.

Orang melayu sedar akan muslihat orang putih pada ketika itu walaupun masa tersebut tidak ada WhatsApp atau Facebook dan Twitter, bangsa bukan islam berjaya megekang kuasa rang melayu, jika teknologi itu ada pada masa tersebut sudah pasti hari ini yang berkuasa dalam pemerintahan bukan nya orang melayu.

Artikel ini ditulis hasil dari perbincangan dengan rakan yang bukan beragama islam tetapi mencintai kedamaian dan kemakmuran Negara Malaysia, admin masih berpijak di bumi nyata, iaitu bumi Tanah Melayu yang sungguh dicemburui banyak pihak. Admin menganalisis, mengapa satu demi satu institusi milik orang melayu mahu dicemar, bermula dengan 1MDB, Tabung Haji, Mara dan seluruh kerajaan milik kaum Bumiputera ini. Apa motifnya sebenar?

Mengapa Pas juga mahu dihancurkan dan dipecah belahkan dalam waktu yang singkat ini?

Seperti yang Admin selalu sebut, parti politik hak melayu hanya ada dua sahaja di negara ini iaitu UMNO dan Pas?

UMNO kini menghadapi dugaaannya yang paling getir dalam sejarah penubuhannya, ini diakui sendiri oleh mantan Setiausaha Agungnya, Tan Sri Sanusi Junid baru-baru ini. Jika Pas juga sedang diadudombakan, siapakah tangan-tangan ghaib yang melakukan itu?

Siapa yang menaja penubuhan Pasma dan kini Gerakan Harapan Baru, yang bunyinya sahaja ala-ala sebuah pertubuhan Kristian?

Wahai orang Melayu sedarlah, musuh-musuh kamu kini sudah terlalu ramai – sama ada dalam lingkungan sendiri mahupun luaran termasuk elemen luar negara sendiri… Mereka mahu memastikan institusi ini dihancurkan dan satu negara baharu dibentuk seperti Israil.

Inilah yang terjadi sehinggakan Syria hancur-lebur dan Palestin tiada siapa yang peduli, sedarlah orang melayu jika perkara ini berlaku di Malaysia, bersatulah demi bangsa dan agama, kita bukan rasis ataupun saintemen kaum dan agama, tetapi kita cintakan kedamaian serta keharmonian yang wujud sejak sekian lama.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments