Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Skandal Sg Yu: Exco Selangor antara yang dipanggil SPRM

December 19, 2017

bundesliga

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 15 individu termasuk seorang Exco kerajaan negeri Selangor bagi membantu siasatan

skandal pemberian tanah di Kampung Sungai Yu.

Antara yang dipanggil memberi keterangan itu adalah saksi-saksi dari Pejabat Daerah dan Tanah, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), wakil penduduk serta wakil kuil.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, berkata lebih ramai lagi dijangka akan dipanggil SPRM bagi tujuan mengumpul bukti serta melengkapkan kertas siasatan.

“Pasukan penyiasat ketika ini masih dalam proses meneliti dokumen-dokumen yang diambil daripada pejabat tanah Kuala Selangor dan beberapa ahli Exco minggu lalu.

“Ia bagi tujuan mengumpul bukti-bukti dan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan terbabit,” katanya dipetik laporan BH Online.

Pada 8 Disember lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga Pengerusi SELCAT Hannah Yeoh, mengumumkan proses pemberian milikan tanah Kampung Sungai Yu kepada 175 pemohon didapati tidak mematuhi syarat.

Susulan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, mendesak SPRM menyiasat perkembangan terbaru skandal berkenaan, yang membabitkan tanah seluas 14.4 hektar.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments