Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

TERIMA KASIH RAKYAT SABAH BERSAMA-SAMA TUMBANGKAN PARTI WARISAN

December 21, 2017

bundesliga

 
Parti Warisan bukannya ditubuhkan untuk kepentingan rakyat dan negeri Sabah. Shafie Apdal menubuhkan Warisan hanyalah semata-mata mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Sebelum ini Shafie pernah mengemukakan perkara ini kepada Najib tetapi ditolak mentah-mentah oleh Najib.Perjuangan parti Warisan yang dibawa oleh Shafie Apdal kononnya Sabah for Sabahan. 
Sumber Berita Malaysian News. 
 
Tidakkah ianya kedengaran sangat ganjil dan pelik? Selama Shafie berada dalam UMNO lebih daripada 20 tahun dalam UMNO tidak pernah sekalipun kedengaran dari mulut Shafie memperjuangkan hak-hak Sabah atau Sabah for Sabahan. Ini semua hanyalah retorik politik semata-mata.
 
Jika benar Shafie Apdal mahu memperjuangkan hak-hak dan kebajikan orang Sabah dari dulu lagi Shafie Apdal boleh melakukannya semasa berada dalam UMNO dan semasa menjadi Menteri.
 
Kita semua tahu, parti Warisan kononnya mahu memerintah Sabah dan bercita-cita mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia. Ini adalah satu niat yang jahat dan berbahaya. Kita cuba bayangkan jika negeri Sabah sudah tidak lagi berada dalam Malaysia, sudah pasti negara jiran akan meramoas Sabah untuk dijadikan sebahagian wilayah di bawah pentadbiran dan pemerintahan mereka. 
 
Bayangkan juga apa yang akan terjadi kepada rakyat asal Sabah jika Sabah dirampas oleh negara jiran? Itu belum lagi kes penyelewengan dana negeri Sabah oleh Shafie Apdal serta pucuk pimpinan Warisan Sabah sebenarnya pengkhianatan buat rakyat Sabah terutamanya kepada penduduk luar bandar. Mereka juga tidak dapat menikmati kemudahan infrastruktur dan pembangunan yang sepatutnya mereka nikmati kerana semuanya disebabkan oleh mereka-mereka yang tamak dan tidak bertanggungjawab ini.
 
Adakah pemimpin seperti Shafie Apdal ini yang kita mahu berikan kuasa untuk membantu rakyat Sabah? Hakikatnya sudah pasti kita tidak mahu pemimpin yang penuh dengan pembohongan dan penipuan yang hanya mahukan kuasa, pangkat, harta semata-mata. Pemimpin seperti Shafie Apdal dan parti Warisan bukannya mahu memperjuangkan hak-hak dan kebajikan orang Sabah tetapi mereka inilah pengkhianat kepada rakyat dan negeri Sabah.
 

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments