Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Politik Negara Adaptasi Strategi Lautan Biru

December 22, 2017

bundesliga

KUALA LUMPUR – Politik negara perlu mengadaptasi Strategi Lautan Biru dengan bersedia menguasai politik digital dan data besar untuk mengurus maklumat pilihan raya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
 
Memandangkan ia bukan mudah untuk dilakukan, beliau berkata pendidikan politik rakyat perlu ditingkatkan bersesuaian dengan perkembangan ilmu dan teknologi masa kini.
 
Katanya dalam Strategi Lautan Biru, sokongan politik adalah dicipta dan bukannya dipaksa dengan proses mencipta sokongan itu memerlukan kepakaran, pemikiran dan perancangan.
 
“Strategi Lautan Merah merah sinonim dengan darah, mati, luka, dan dendam dengan pesaing. Oleh itu, pendekatan ini perlu dielakkan.
 
“Strategi Lautan Biru sinonim dengan memberi tumpuan kepada isu sebenar dalam politik, dan mengutamakan strategi dan perancangan dalam mengambil keputusan politik,” katanya menerusi catatan terbaharu beliau dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.
 
Mengambil contoh politik dunia, Salleh berkata kajian literatur menunjukkan tokoh politik seperti bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Presiden Perancis Emmanuel Macron menggunakan pendekatan Lautan Biru dalam kempen politik mereka.
 
“Kempen mereka menggunakan maklumat digital, berita mereka tepat dan cepat, tawaran produk politik mereka menarik, komunikasi dengan rakyat disampaikan dengan mudah dan bertenaga, manifesto mereka mudah difahami dan jelas.
 
“Seperti kata Albert Einstein: ‘Everything should be made as simple as possible, but not simpler’ (semuanya perlu dilakukan dengan sederhana mungkin, bukannya terlalu sederhana),” katanya.
 
Salleh berkata Strategi Lautan Biru diperkenalkan pada 2005 oleh Prof. W. Chan Kim dan Renee Mauborgne dalam karya mereka “Blue Ocean Strategy” adalah berbeza dengan Strategi Lautan Merah.
 
“Strategi Lautan Merah merujuk kepada suasana persaingan dalam perniagaan, manakala Strategi Lautan Biru pula merujuk kepada penciptaan ruang pasaran yang tidak ada persaingan dalam perniagaan. Dalam politik juga begitu,” katanya. – Bernama

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments