Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Subsidi perjalanan laut Labuan-Sabah, Sarawak diteruskan

January 4, 2018

bundesliga

LABUAN: Kerajaan persekutuan terus menyediakan subsidi tahunan sebanyak RM11 juta bagi menampung kos pengangkutan bagi mereka yang membuat perjalanan melalui laut dari Labuan ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya pada tahun ini, walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Perbadanan Labuan (PL) dalam kenyataan kelmarin berkata subsidi yang diberi sejak 2014 itu bertujuan meringankan beban kewangan mereka (rakyat Malaysia) yang menggunakan pengangkutan laut untuk membuat perjalanan dari pulau ini dan sebaliknya.

Subsidi yang diberi itu adalah bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan, Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, Labuan-Sipitang- Labuan, Labuan-Limbang-Labuan dan Labuan-Lawas-Labuan.

Kerajaan menghentikan pemberian subsidi untuk penghantar barangan yang menggunakan feri ke Labuan pada 2016 selepas mengambil kira kegagalan mereka menurunkan harga barang di pulau ini.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli (gambar) berkata subsidi perjalanan laut itu bukan sahaja mengurangkan beban kewangan penumpang di Sabah, tetapi juga dari Sarawak.

Rozman, yang juga pengerusi PL, berkata subsidi itu perlu diteruskan kerana kebanyakan mereka yang menggunakan perkhidmatan feri dan bot laju adalah daripada golongan berpendapatan rendah.

“Saya amat berharap subsidi ini akan dikekalkan kerana ia dapat membantu merangsang ekonomi di sini,” katanya. – Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments