Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

RAKYAT SABAH BERDEPAN ‘KEMARAU’ JIKA DR M JADI PM – PAIRIN

January 10, 2018

bundesliga

Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata rakyat Sabah akan berdepan musim ‘kemarau’ berpanjangan jika Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri.

Pairin yang juga timbalan ketua menteri Sabah, berkata Dr Mahathir pernah memegang tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun dan sepanjang tempoh itu rakyat Sabah ‘tahu bagaimana rasanya’ berada di bawah pemerintahan perdana menteri keempat itu.

“Dr Mahathir sudah pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan dalam ucapannya pada konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini, dia juga mengakui banyak kelemahan, banyak kesalahan dan meminta ampun kepada rakyat seluruh negara.

“Jadi kalau dia sudah menyatakan sedemikian, adakah logik lagi untuk kita menerima orang ini (Dr Mahathir) untuk jadi perdana menteri sekali lagi? Jelas tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek skim bekalan air Tawau Fasa Tiga yang melibatkan pembinaan empangan air pelbagai guna pertama di Sabah, di Tawau semalam.

Ahad lepas Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.

Pairin berkata, strategi itu juga merupakan langkah awal menunjukkan Pakatan Harapan tidak konsisten dengan laungan untuk memberi peluang kepada golongan muda memegang jawatan penting.
“Semua menyatakan bahawa orang muda mesti main peranan tertentu sebagai persediaan peralihan (kepimpinan) tetapi dalam hal ini, mereka (Pakatan Harapan) mengundur balik,” katanya.

Pakatan Harapan turut mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan ditandingi parti komponen berkenaan iaitu PPBM (52), PKR (51) DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27), keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung Malaysia. – Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments