Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PH Pelupa Dulu Maki, Hina Sekarang Angkat Sanjung

January 11, 2018

bundesliga

 

11 JAN: Pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri oleh pakatan pembangkang membuktikan mereka ketandusan pemimpin untuk memimpin negara pada masa depan.

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata menjadi satu yang aneh Dr Mahathir dicalonkan untuk jawatan itu kerana sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, hampir setiap hari pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mencaci dan menghina kepemimpinannya.

“Dulu mereka kata Dr Mahathir memusnahkan demokrasi serta menindas rakyat.

“Kini, pakatan pembangkang seolah-olah lupa dengan tuduhan, kebencian dan penghinaan mereka terhadap Dr Mahathir sehingga sanggup menamakan beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, konvensyen pakatan pembangkang antara lain mencapai resolusi untuk melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-4) dan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Shahrizat berkata, jelas sekali pakatan pembangkang memanipulasi emosi dan fikiran rakyat hanya untuk memenangi PRU14.

“Ternyata, agenda pembangunan negara dan pembelaan isu rakyat bukanlah agenda utama dalam perancangan pakatan pembangkang, tetapi semata-mata menentukan agenda peribadi mereka saja.

“Berbeza dengan BN yang sentiasa konsisten untuk memastikan rakyat dan negara sentiasa dalam keadaan stabil, aman dan sejahtera,” katanya.

Selain itu, Shahrizat berkata, Wanita BN kini bersiap sedia bersama barisan jentera parti komponen untuk menjalankan tugas demi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional pada PRU14.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments