Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

SINOPSIS WILFRED DALAM ARENA POLITIK.

January 16, 2018

bundesliga

Sebelum PRU 13, Wilfred Bumburing isytihar keluar dari UPKO. Adakah dia keluar kerana UPKO tidak bagus? Jawapannya TIDAK. UPKO bagus. Jadi, apa alasannya?

Sebab utama kerana dia tahu dia ada janji dengan parti UPKO bahawa dia tidak akan bertanding dalam PRU 13 itu. Calon yang berhak ialah Madius Tangau. Dia sebenarnya mahu menjadi calun lagi. Kalau tidak dapat di UPKO, dia tatap akan bertanding atas lambang lain.

Kita sudah tahu lepas itu dia menubuhkan Angkatan Perpaduan Sabah (APS), Kalakau antara penyokong dibelakangnya walaupun pada ketika itu masih menjadi ahli PKR.

Menjelang PRU 13, dia buat jelajah bersama team PKR/DAP/PAS atas nama APS memberitahu rakyat sebab utama dia keluar daripada BN ialah kerana sudah tidak yakin dengan kerajaan yang ada dan dia mahu membantu calon-calon Pakatan Rakyat ketika itu, yang sudah bersedia sekian lama untuk menang.

Menurutnya lagi, dia tidak “BERMINAT” mo tanding kerana sudah tua, sakit kaki, sakit itu dan ini. Bila ditanya parti mana yang menjadi tumpuannya untuk dibantu, dia terus terang mengatakan bahawa dia berminat dengan perjuangan Anwar Ibrahim dan akan membantu calun2 PKR untuk menang dikawasan yang ditandingi khususnya di Tuaran dan dikawasan KDM yang lain. Bila ditanya lagi adakah dia akan menyertai PKR, dia menolaknya dan sekadar berkata dia hanya mau membantu mereka menang.

Bagaimanapun sandiwara     Wilfred Bumburing  ini terbongkar juga, rupanya dia mau bertanding kembali, dia maukan bukan sahaja kerusi parlimen bahkan juga kerusi DUN Tamparuli. Kalakau dan orang kanannya dihantar ke Kuala Lumpur dengan misi menghadap Presiden dan Ketua Umum PKR Datuk Anwar Ibrahim hanya untuk mempastikan bahawa kedua kerusi itu miliknya.

Disinilah kita lihat betapa liciknya permainan politik kotor si Wilfred Bumburing bayangkan calon PKR untuk Parlimen Tuaran yang sudah bersedia sejak 5 tahun iaitu Ketua Cabang PKR Tuaran , Tuan Hj Ansari Abdullah pun akhirnya berjaya dirampas.

Ada beberapa kuasa gaib politik  yang bersekongkol dengan Kalakau turut membawa watikah pencalonan dari Kuala Lumpur pada hari terakhir sebelum hari penamaan calon terus menamakan   Wilfred Bumburing sebagai Calon Parlimen Tuaran.  yang akhirnya 

Kasihan Tuan Haji Ansari, seorang pejuang lama dalam PKR dan pernah memegang Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah sejak mula PKR masuk ke Sabah dan beliaulah bersama rakan-rakannya  orang yang memperkenalkan keadilan hingga di kenali di pelusuk negeri ini.

Pengorbanan Tuan Haji Ansari tidak boleh di nafikan dari sejak awal lagi beliaulah yang menjaga Kawasan Tuaran sebagai Ketua Cabang, dengan mengorbankan masa, wang dan tenaga sendiri… akhirnya bukan sahaja ‘politik nya dibunuh dengan kejam’ bahkan juga turut menggantung keahliannya daripada PKR sehingga sekarang tanpa sebab yang boleh diterima.

Siapa yang tidak kenal Tuan Haji Ansari? Ada ramai orang mengibaratkan parti PKR Sabah tidak akan wujud dan kuat tanpa beliau ini.

Begitulah cerita seorang sahabat yang dulunya seorang pejuang dan pemimpin kanan PKR Sandakan dan kini menjadi ahli UMNO.

Mengenai kisah si ular kepala dua Wilfred Bumburing rakyat dan pengundi di Tuaran wajar mengetahui siapa sebenarnya Presiden PCS ini yang sekarang pun mengulangi tabiat buruknya dengan menikam rakan-rakan komponen USA setelah berjaya mendapatkan sokongan keahlian daripada parti STAR, SAPP dan DAP untuk kemudian mencari lagi titian baru iaitu @WARISAN..

Rakyat dan pengundi wajar menolak pemimpin ini daripada menjadi wakil rakyat kerana dalam kepalanya tiada agenda pembangunan untuk rakyat melainkan agenda UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN KRONINYA SAHAJA!


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments