Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

BAKAL CETUSKAN IMPAK BESAR – MUSA AMAN

January 18, 2018

bundesliga

18 Januari 2018

Lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak selama dua hari ke Sabah, adalah manifestasi keprihatinan Perdana Menteri terhadap kesejahteraan, kebajikan dan nasib rakyat negeri itu

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata walaupun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab rasminya, perdana menteri tetap meluangkan masa turun padang untuk merasai denyut nadi rakyat di negeri ini.

“Sabah tidak pernah diketepikan oleh Kerajaan Pusat, malah sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri. Banyak program dan projek pembangunan dilaksanakan (di Sabah) untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat,” katanya mengulas lawatan kerja perdana menteri yang bermula hari ini. 

Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). akan mengadakan lawatan kerja ke beberapa kawasan di negeri ini iaitu Penampang, Nabawan dan Kota Marudu,hari ini dan esok, 

Menurut Musa, lawatan Datuk Seri Najib berkenaan sudah tentu akan mencetuskan impak dan manfaat yang besar kepada rakyat di negeri ini.

Sebagai contoh, katanya, lawatan Najib ke Kota Marudu untuk merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau adalah bukti perdana menteri begitu mengambil berat keperluan pendidikan dan keselesaan anak-anak Sabah dalam aspek pendidikan.

Katanya, ia juga membuktikan bahawa Najib serius dalam membangunkan modal insan berkualiti di negeri ini.

Untuk rekod, SMK Bandau ditubuhkan pada tahun 2000 namun sekolah itu menumpang bangunan di Sekolah Kebangsaan Ongkilan. Pada Mac 2014, SMK Bandau mula menggunakan bangunan sekolah baharu mereka sendiri.

“Pembinaan Klinik Kesihatan Baharu di Nabawan pula bukti perdana menteri menyelami hati nurani rakyat pedalaman yang memerlukan kemudahan kesihatan yang baik,” kata Musa.

Justeru, beliau meminta rakyat Sabah agar terus menyokong kerajaan yang diterajui BN demi kelangsungan pembangunan Sabah yang sedang berjalan dengan pesat.

Katanya, hanya kerajaan BN mampu memenuhi aspirasi rakyat dan menjamin kestabilan dan perpaduan rakyat di negeri ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments