Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PEMBANGKANG BOLEH LUPAKAN KERUSI DI TUARAN

January 22, 2018

bundesliga

Pembangkang boleh melupakan sahaja angan-angan untuk menawan kerusi Parlimen Tuaran dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dinaunginya iaitu Sulaman, Kiulu dan Tamparuli pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran, Datuk Hajiji Mohd Noor, berkata jentera parti itu akan berjuang habis-habisan bukan sahaja bagi memastikan Parlimen Tuaran dan DUN Sulaman serta Tamparuli kekal milik BN, malah merampas semula DUN Tamparuli daripada pembangkang.

“Kita akan berjuang habis-habisan untuk memastikan kerusi Parlimen Tuaran bersama DUN Sulaman dan Kiulu dipertahankan, manakala Tamparuli akan dirampas semula dengan kelebihan undi selesa.

“Oleh itu, janganlah pembangkang bermimpi untuk menang di Tuaran,” katanya pada perjumpaan dengan jentera pilihan raya BN Tuaran, semalam.

Yang turut hadir ialah Pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau serta pemimpin dan wakil rakyat BN di semua kerusi terbabit.

Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, semua penyokong BN Tuaran tidak mudah terpengaruh dengan janji pembangkang yang hanya ingin memperoleh sokongan menjelang PRU-14.

Sementara itu, Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata penduduk Tuaran menerima banyak kemajuan dan manfaat di bawah kerajaan sedia ada.

“Terbaharu, Kerajaan Persekutuan meluluskan RM2.2 juta untuk pembaikan dan pembinaan surau di daerah ini, selain peruntukan RM2.5 juta untuk membiayai pembinaan dewan gereja St John, Tuaran,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments