Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Kerajaan Pusat Kaji Gubal Undang-Undang Penyebaran Berita Palsu

January 28, 2018

bundesliga

28 JAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial berikutan kesannya yang membimbangkan.

Perdana Menteri berkata, tindakan tidak bermoral itu boleh mengancam kestabilan politik dan ketenteraman awam.

Katanya, rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

“Bukan kita mahu kawal internet. Internet masih bebas tetapi mesti ada unsur tanggungjawab.

“Malah, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dengan pelbagai penyebaran berita palsu.

“Sebelum ini, kita difitnah dengan berita membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali,” katanya pada sidang media di Kelantan hari ini.

Terdahulu, Najib meluangkan masa kira-kira dua jam bersama kakitangan awam di Wisma Persekutuan, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengulas keputusan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.

Najib ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penjawat awam berkata, Malaysia mendapat penghormatan di negara luar kerana mempunyai prinsip tersendiri dan tidak pernah berpura-pura dalam menjalankan tugas.

Katanya, ada perkara kita sokong dan sekiranya sesuatu perkara bercanggah, Malaysia akan menentang seperti yang dilakukan apabila Amerika Syarikat (AS) mahu membuka pejabat kedutaan di Jerusalem.

“Ketika saya melakukan umrah bulan lalu, saya mendapat layanan istimewa daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, apabila saya diberi masuk ke makam Rasulullah dan baginda membuka pintu Kaabah untuk saya dan rombongan.

“Sekiranya Malaysia tidak dipandang tinggi, masakan saya diberi layanan istimewa,” katanya


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments