Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Janji Kerajaan Bukan Retorik – Najib

January 31, 2018

bundesliga

Usaha kerajaan menaik taraf kehidupan masyarakat India di negara ini tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat, sebaliknya proses berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, dasar kerajaan BN ialah tidak akan menjanjikan sesuatu yang retorik semata-mata untuk meraih populariti.

“Apa yang kita mahukan ialah semua masyarakat India dapat menikmati hasil untuk jangka panjang. Usaha menaik taraf kehidupan golongan ini ialah satu usaha yang dibuat setiap masa serta konsisten.

“Ia bukannya percaturan politik seperti yang dimainkan pihak tertentu. Janji Kerajaan BN bukan omong kosong, tetapi adalah sebuah kenyataan,” katanya.

Najib berucap selepas mengadakan lawatan dan kunjungan mesra ke Kuil Sri Subramaniar Swamy di Kuala Selangor sempena perayaan Thaipusam yang disambut di seluruh negara hari ini.

Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir ke  Kuil Sri Subramniar Swamy di sini bagi memeriahkan sambutan sempena perayaan Tahipusam yang diraikan oleh penganut Hindu itu.

Terdahulu, ketibaan beliau pada jam 11 pagi tadi disambut kira-kira 5,000 penganut Hindu dari sekitar daerah berkenaan.

Turut hadir Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Pada masa sama, Najib turut mengajak masyarakat India bekerja bersamanya serta terus menyokong barisan kepemimpinan negara.

“Kita melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah dihadapi masyarakat India. Kita memahami kehendak masyarakat India,” kata Pengerusi BN itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments