Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

WUJUD SEGERA UNDANG-UNDANG KEKANG BERITA PALSU

February 2, 2018

bundesliga

Undang-undang bagi mengekang berita palsu perlu segera diwujudkan bagi membendung tindakan pihak tertentu yang cuba menggugat keamanan dan keharmonian negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata seharusnya, undang-undang ini sudah lama diwujudkan supaya masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak mudah menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat.

“Berita palsu juga boleh meruntuhkan ekonomi, kewangan serta menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pemukiman Pemimpin Mahasiswa Kelantan 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semalam. 

Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sebagai berkata kerajaan akan mengkaji perkara itu kerana rakyat boleh terpesong sehingga membenci kerajaan atau melakukan sesuatu seperti merusuh kerana terpengaruh dengan berita palsu.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata berita palsu termasuk melalui media sosial boleh mempengaruhi dan menghakis keyakinan terhadap institusi kerajaan seperti yang pernah berlaku kononnya Tabung Haji menghadapi masalah kewangan yang ternyata tidak benar.

“Kita tidak menyekat kebebasan bersuara tetapi untuk menentukan keadilan supaya tidak ada mana-mana pihak dianiaya dan tidak ada gunanya kita mengambil tindakan setelah keadaan sudah menjadi mudarat,” katanya.

Beliau turut membidas pemimpin pembangkang yang tidak bersetuju dengan inisiatif kerajaan mewujudkan undang-undang berkenaan dan menyifatkan tindakan mereka itu berbaur politik.

Terdahulu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, turut meninjau pembinaan Hospital Bachok di sini yang bernilai RM140 juta dan menyifatkan kemajuan pembinaan kini sudah mencapai 24 peratus berbanding sasaran asal 17 peratus.

Beliau berkata hospital yang mula dibina pada Sept 2016 itu, akan dilengkapi pelbagai peralatan terkini dan mempunyai 76 katil itu dijangka dapat disiapkan menjelang Sept 2019.

Katanya hospital berkenaan adalah antara pelbagai projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan rakyat Kelantan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments