Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

MENGAPA DAP “MELOMPAT” ISU PENYEBARAN BERITA PALSU….?

February 2, 2018

bundesliga

Bukan UMNO atau Barisan Nasional (BN), tetapi DAP yang menjadi ‘ejen’ penyebar berita palsu menerusi tentera siber mereka, Red Bean Army (RBA) sebagaimana dibuktikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh bekas Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang menafikan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya UMNO dan BN merupakan ‘penyumbang’ kepada berita palsu di negara ini.

Tunku Abdul Aziz mendakwa, penyebaran berita palsu yang digerakkan oleh DAP cukup dahsyat sehingga pada suatu tahap ditafsirkan sebagai fitnah bertujuan mahu menjatuhkan kepe­mimpinan dan mencalarkan imej negara.

“Kita memang tidak bersetuju dengan cara DAP mereka-reka berita palsu, mereka lakukannya hampir setiap hari dengan bermacam-macam dakwaan sehingga menyebabkan status negara kita jatuh.

“Sebagai contoh, bertahun-tahun mereka dakwa negara ini bankrap, itu bukan berita palsu ke? Negara yang maju seperti ini didakwa mereka bankrap,” kata­nya seperti yang dilaporkan Utusan semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa kononnya pengumuman kerajaan untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu sebagai tidak mening­katkan keyakinan rakyat kerana kerajaan BN serta UMNO merupakan penyumbang terbesar berita palsu di negara ini.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz percaya kenyataan balas Kit Siang itu bertujuan mahu ‘menjauhkan’ DAP daripada tuduhan menyebarkan berita palsu, yang merupakan kepakaran pembangkang terutamanya parti itu.

“Saya tidak hairan Kit Siang kata begini, kerana beliau nak larikan diri daripada tuduhan DAP sebagai ‘yang memulakan’ berita palsu di negara ini,” jelas beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments