Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

BLOGGES PEMBANGKANG TAKUT HADIR BERSEMUKA ANIFAH

February 3, 2018

bundesliga

Blogger-blogger pembangkang yang selama ini menghasut rakyat Sabah untuk keluar dari Malaysia sepatutnya berpeluang berdepan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu pertemuan yang telah diatur hari ini, namun akhirnya terbukti golongan itu hanyalah lantang di media sosial.

Ini kerana, meskipun kumpulan blogger tersebut telah bersetuju untuk bersemuka bagi membincangkan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tiada seorang pun yang berani tampil sehingga Anifah terpaksa menunggu selama kira-kira sejam setengah.

Berikutan sikap pengecut tersebut, sesi bersemuka yang dijadual pada pukul 2 petang di Hotel Le Meridien di sini bermula lewat dan hanya menjadi sesi penerangan antara Anifah yang juga Pengerusi MySabah bersama para petugas media serta orang awam dan pengamal undang-undang yang hadir.

“Saya bersetuju untuk mengadakan pertemuan ini bagi menjelaskan perkara sebenar kerana banyak pihak yang bercakap tentang perkara ini tanpa maklumat tepat,” katanya dalam sesi tersebut.

Turut hadir bersama Anifah untuk memberikan penjelasan tentang perkara itu adalah peguam, Datuk James Lugunjang dan Tengku Fuad Ahmad serta penganalisis politik, Abdul Jalil Gani.

Sementara itu, menjelaskan tentang MA63, kata Anifah, selama ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menyembunyikan fakta bahawa Sabah berhak mendapat sebanyak 40 peratus daripada hasil negeri yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.

Tegasnya, selama 22 tahun, tiada seorang pun yang bercakap mengenai isu tersebut kerana jika berani bersuara mereka akan ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan disumbat ke dalam Penjara Kamunting, Perak.

Menurutnya, situasi berkenaan telah berubah sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri apabila beliau sendiri berjanji untuk memulangkan balik apa sahaja hak rakyat Sabah yang terambil di peringkat Pusat.

“Selama 22 tahun itu jika anda bercakap tentang MA63 pasti dimasukkan ke ‘Universiti Kamunting’. Saya juga mempunyai pandangan tentang MA63 tetapi saya tidak boleh bersuara kerana tidak mahu dimasukkan ke dalam sana.

“Berbeza dengan Perdana Menteri sekarang, beliau lebih terbuka malah Sabah dan Sarawak boleh membawa isu ini ke dalam mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan,” ujarnya. 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments