Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

ANIFAH KETUAI DELEGASI MALAYSIA KE AMM DI SINGAPURA

February 5, 2018

bundesliga

Datuk Seri Anifah Aman Menteri Luar akan  mengetuai delegasi Malaysia ke Permukiman Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (Permukiman AMM) di Singapura selama tiga hari, bermula hari ini, dijangka membangkitkan beberapa isu penting serantau.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata Anifah dijangka membangkitkan beberapa isu penting serantau yang mempunyai implikasi secara langsung terhadap keselamatan dan kestabilan negara-negara dan rantau ini.

“Memandangkan ini kali pertama Menteri-menteri Luar akan mengadakan mesyuarat ketika Singapura menjadi Pengerusi ASEAN, perbincangan pada permukiman itu dijangka penting dalam meletakkan asas bagi inisiatif dan kemajuan ASEAN sepanjang 2018,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata antara isu utama akan dibincangkan Menteri Luar ASEAN adalah tema utama yang diperkenalkan Singapura dalam kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN iaitu “Daya Tahan” dan “Inovasi”.

“Berhubung kedua-dua tema utama itu, Menteri Luar ASEAN dijangka membincang dan menyusun strategi untuk mengukuhkan daya tahan kolektif ASEAN kepada ancaman dan cabaran umum terhadap rantau ini seperti keganasan dan ekstremisme, isu maritim dan ancaman siber,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata Menteri Luar ASEAN juga dijangka membincangkan skim yang menggalakkan inovasi di rantau ini.

“Permukiman AMM akan menyediakan platform kepada Menteri Luar ASEAN untuk membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi keprihatinan bersama,” katanya, sambil menambah bahawa pemimpin-pemimpin itu juga dijangka membincangkan kemajuan ASEAN dalam usaha pembinaan komuniti dan pengendalian hubungan luar negara ASEAN.

Kenyataan itu menyebut Permukiman AMM akan dimulakan dengan beberapa mesyuarat penting iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN (4 Feb), diikuti Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (5 Feb).

Selain itu, kenyataan tersebut berkata Anifah akan diiringi isteri Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad dan pegawai kanan Kementerian Luar serta Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa, semasa mesyuarat berkenaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments