Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

UMNO DAN BN DILANDASAN BETUL BELA RAKYAT – MUSA

February 16, 2018

bundesliga

 

UMNO dan Barisan Nasional berada di landasan yang betul dalam membela rakyat dan menyumbang kepada pembangunan negara, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Musa Aman.

Ketua Menteri Sabah itu berkata pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di peringkat negeri dan pusat sentiasa menyedari keperluan rakyat dan berusaha untuk memenuhi keperluan itu.

“Kita sentiasa turun padang untuk mendengar dan mendalami masalah serta keperluan rakyat.

“Banyak pembangunan dilaksanakan kerajaan untuk rakyat namun kita menyedari masih banyak lagi diperlukan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat dan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Tinosa semalam

Musa berkata kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) dan ditunjangi UMNO juga mempunyai rekod yang baik dalam membela rakyat dan melaksanakan pembangunan negara.

Beliau berkata ia sejajar dengan komitmen kerajaan apabila memberikan janji kepada rakyat, ia akan ditunaikan kerana BN bukan parti yang berjanji kosong seperti diamalkan parti pembangkang.

“Janji kita tepati kerana rakyat akan tanya apa guna berjanji kalau tidak ditepati..Janji dikota dan ditepati,” katanya.

Menurutnya parti pembangkang khususnya Parti Warisan di negeri ini kini masuk ke kampung memberikan janji yang tidak mampu mereka tunaikan dan memfitnah pemimpin kerajaan untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

Musa yakin rakyat negeri ini bijak untuk menyokong dan menilai parti mana yang ada rekod baik membela dan memperjuangkan mereka iaitu BN yang menerajui kerajaan dengan pencapaian baik.

— BERNAMA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments