Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

KITA KOMITED UNTUK KEKALKAN KESTABILAN POLITIK – KETUA MENTERI SABAH

February 21, 2018

bundesliga

21 Februari 2018

 

 

Kerajaan Sabah memberi jaminan akan terus komited untuk memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial di negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan berusaha mempertahan dan mengukuhkan aspek-aspek positif supaya rakyat terus mendapat manfaat di sebuah negara yang sentiasa berusaha ke arah memperbaiki kehidupan serta mengekalkan keharmonian dan kestabilan.

“Oleh itu, apa-apa tindakan yang boleh memberi kesan negatif kepada perpaduan dan kestabilan harus dielakkan untuk membolehkan kita mencapai aspirasi, meningkatkan tahap sosioekonomi dan memberi tumpuan kepada usaha membawa lebih banyak kemajuan ke negeri ini,” katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Pesta Ang Pow anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Cina Sabah (FCAS) sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2018 malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada FCAS untuk menjalankan aktiviti pada masa hadapan.

Musa berkata kerajaan negeri tidak pernah mengetepikan rakyat mana-mana agama atau etnik tertentu dalam melaksanakan program pembangunan, malah bekerja untuk semua dan pada setiap tahun memperuntukkan sejumlah besar dana bagi sekolah-sekolah bukan Islam dan tempat beribadat.

“Buktinya kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM300 juta kepada sekolah-sekolah bukan Islam dan tempat beribadat di Sabah sejak 10 tahun lepas.

“Semasa mula-mula menjadi ketua menteri dulu, saya mendapati peruntukan untuk sekolah-sekolah bukan Islam dan tempat beribadat hanya RM1.5 juta?saya rasa peruntukan itu tidak mencukupi oleh itu saya telah naikkan peruntukan berkenaan kepada RM30 juta setahun,” katanya.

Musa berkata peruntukan tersebut disalurkan kerana kerajaan sentiasa peka kepada keperluan setiap kaum di negeri ini yang hidup dalam semangat perpaduan sejak sekian lama.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua masyarakat Cina di Sabah supaya terus berdiri teguh di belakang kerajaan dan membantu kerajaan dalam usaha membangunkan lagi negeri ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments