Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

KEPELBAGAIAN AGAMA BUKAN PENGHALANG RAKYAT BERSATU – KURUP

February 26, 2018

bundesliga

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kepelbagaian agama bukan penghalang bagi rakyat negara ini untuk bersatu.

Beliau berkata rakyat Malaysia sangat beruntung kerana hidup dalam suasana muhibbah, harmoni dan bersatu walaupun berkongsi negara dalam kepelbagaian agama, kepercayaan serta falsafah politik.

“Inilah kualiti yang membezakan kita dengan rakyat-rakyat di negara lain – kita boleh duduk semeja walau pun berlainan agama dan bangsa.”

“Kita mempunyai perasaan saling hormat menghormati yang menunjukkan kepelbagaian itu bukan penghalang – kita adalah rakyat yang sangat bertuah,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Tahun Baru Cina 2018 Peringkat Parlimen Pensiangan semalam. 

Kurup berkata kerajaan Barisan Nasional dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan betul dan tidak ada sebab rakyat mengetepikannya pada pilihan raya akan datang.

“Ekonomi kita (Malaysia) sangat kukuh. Percayalah, walaupun terdapat kenaikan kos sara hidup, tetapi kerajaan tidak berpeluk tubuh untuk mencari titik penyelesaian untuk menyenangkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Kurup yang merupakan anggota Parlimen Pensiangan berkata, pelbagai bentuk bantuan dan insentif disediakan oleh kerajaan khusus untuk golongan belia di negara ini.

Mengenai sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Kurup berharap ia akan memberi sinar kepada semua rakyat, khususnya masyarakat Tionghua di negara ini khususnya di Keningau.

“Jadikan Tahun Baru Cina 2018 ini sebagai jambatan perpaduan untuk memperkasa perpaduan di antara kita,” katanya, pada majlis dihadiri kira-kira 700 orang penduduk berbilang kaum itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments