Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

HANYA BN BERTANDING ATAS NAMA SATU PARTI

February 28, 2018

bundesliga

Semua calon yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang akan mewakili semua parti komponen dan rakyat di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim, berkata ini kerana parti seperti UMNO, MCA atau MIC tidak bertanding pada PRU, kerana semua parti komponen ini akan bertanding atas nama BN.

“Kita tak letak calon UMNO, MCA, MIC atau parti komponen lain, yang ada hanya calon BN (pada PRU). Jadi calon BN adalah calon yang akan dipilih mewakili seluruh parti komponen dan rakyat Malaysia.

“Nombor dua saya nak tambah, Parti Perikatan tertubuh menerusi tiga parti (UMNO-MCA-MIC), dan dia tak ada siapa senior siapa junior yang selalu pembangkang cakap UMNO sebagai ‘Big Brother’ (abang besar).

“Ini kerana UMNO, MCA, MIC adalah founder (pengasas) kepada Perikatan dan berkembang menjadi BN selepas disertai pelbagai parti lain yang kebanyakannya mewakili etnik.

“Maknanya, apa pun alasannya yang akan bertanding (PRU) kelak adalah BN. Berbanding pembangkang, dia mengaku bersama tetapi logo lain-lain. Mereka mempunyai objektif hanya untuk menubuhkan kerajaan dengan menjatuhkan BN,” lapor Berita harian. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina MCA Bahagian Muar di Bangunan MCA Bahagian Muar semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi MCA Bahagian Muar, Datuk Tay Puay Chuan.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, berbanding pembangkang yang mempunyai objektif berbeza antara satu sama lain, BN pula akan berbincang bersama-sama sebelum bertemu rakyat termasuk kesepakatan dalam pengagihan kerusi, menggunakan satu lambang dan membawa misi serta objektif yang sama.

“Saya juga sebutkan di sini mengenai betapa pentingnya untuk kita menjaga tiga perkara iaitu agama, kaum dan wilayah yang pelbagai di negara ini yang biasanya akan menjadi konflik di negara lain.

“Jadi tugas kita sangat tinggi dan kita sudah sedia mempunyai jalan penyelesaiannya iaitu BN.

“BN adalah jalan penyelesaian kepada tiga perkara dan perbezaan ini yang berjaya mengelakkan konflik daripada berlaku di negara ini. Jadi, macam mana nak buang BN selepas parti ini menemui jalan penyelesaian dan meletakkan pembinaan negara ini sebagai keutamaan,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments