Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

MASYARAKAT KADAZANDUSUN DAN MURUT MASIH YAKIN DENGAN BN TERAJUI KERAJAAN

March 1, 2018

bundesliga

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno berkata rakyat Sabah, khususnya masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM), masih memilih parti Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana kata Sairin, masyarakat KDM masih yakin dengan kewibawaan BN dan percaya parti itu yang terbaik untuk memerintah negara ini.

Menurutnya, rata-rata kaum KDM menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara perdana menteri terbaik di negara ini.

Justeru katanya, dengan sokongan kuat daripada kaum itu di negeri ini, BN Sabah tidak menghadapi masalah besar untuk kembali berkuasa selepas pilihanraya umum ke-14.

“Saya optimis dengan apa yang saya katakan ini,” katanya lapor  Bernama selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar PT3 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan baru-baru ini. 

Pada majlis itu, seramai 35 pelajar PT3 yang mencatatkan keputusan 10A, 9A, 8A dan 6A menerima hadiah wang tunai dan sijil.

Sairin yang juga Anggota DUN Liawan berkata kerajaan BN telah menyalurkan pelbagai bentuk pembangunan untuk rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman khususnya di Keningau.

“Ia (pembangunan itu) meliputi jalan raya, hospital, sekolah, bekalan elektrik serta pembekalan air bersih ke kampung-kampung secara berperingkat,” katanya.

Sementara itu, Sairin mengajak rakyat agar menolak pembangkang yang matlamat perjuangannya kabur serta berjuang sekadar untuk kesinambungan politik peribadi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments