Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

JANGAN ROBOHKAN PERPADUAN KERANA TERPENGARUH AGENDA PIHAK TERTENTU

March 4, 2018

bundesliga

Mengingatkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihak tertentu telah menggunakan pelbagai helah termasuk melemparkan tohmahan dan fitnah dalam usaha untuk mengelirukan orang ramai terhadap Barisan Nasional (BN).

“Mereka kata macam-macam untuk kelirukan semua orang tetapi pada hakikatnya BN merupakan tunjang utama kepada perpaduan dan kemakmuran negara sejak sekian lama.

“Kita (BN) benteng kepada perpaduan ini, jadi jangan robohkan hanya kerana terpengaruh dengan agenda pihak tertentu dengan menyatakan bahawa kejayaan negeri dan negara lalu adalah kerana seseorang,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2018 malam tadi. 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Pada majlis tersebut, Ahmad Bashah turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM240,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakar Arang di sini untuk membina dewan sekolah yang baharu.

Sementara itu,Tiong Lai yang juga Presiden MCA ketika berucap meminta masyarakat Cina di seluruh negara untuk bersatu tenaga memberi kerjasama dan sokongan yang padu kepada kerajaan.

“Marilah kita sama-sama sokong kerajaan sedia ada supaya keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan kejayaan yang telah dikecapi dapat diteruskan dan kekal terpelihara.

“Semua juga perlu menolak anasir-anasir jahat yang suka menghasut, melemparkan tohmahan dan fitnah semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments