Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PENGUNDI SANDAKAN HARUS BERI SEMULA MANDAT KEPADA BN DI PRU-14

March 5, 2018

bundesliga

05 March 2018

 

 

Rakyat tidak akan mendapat kebaikan sekiranya kerusi Parlimen Sandakan jatuh semula ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, berkata Jika kita pilih calon yang tidak dapat sampaikan (keperluan rakyat kepada kerajaan), kita letak wakil pembangkang, kita tak dapat apa-apa. Jika kita letak kerajaan, sekurang-kurangnya kita dapat sesuatu yang baik.

“Saya bukan mahu lawan pembangkang, tapi apa faedah mereka boleh beri kepada kita? Tiada. Apabila datang ke sini, mereka cuma sentuh pasal rasuah, tapi tak cakap mengenai keselamatan sebab mereka tiada kuasa.

“Sebagai Ketua Menteri, saya tahu apa yang diperlukan rakyat khususnya masyarakat Cina yang mengutamakan pendidikan, peluang perniagaan dan itu yang kita lakukan,” katanya.

Sandakan dahulu pernah terkenal dengan ‘Little Hong Kong’ dan kegemilangan itu kita transformasi pembangunan itu dalam aspek lain termasuk pelancongan yang menjadi satu daripada tiga aspek saya gariskan dalam Hala Tuju Pembangunan Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Menteri dan Pemimpin Masyarakat Cina semalam. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Datuk Au Kam Wah; ADUN Karamunting, Datuk Charles Pang Su Pin dan Pengerusi Penyelaras BN Sandakan, Datuk Chin Su Phin.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata, Kerajaan Persekutuan sudah memberi jaminan akan mempercepatkan projek membesarkan landasan Lapangan Terbang Sandakan bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat, sekali gus meningkatkan jumlah pelancong ke daerah ini.

“Kerajaan Persekutuan juga sudah meluluskan permohonan pengeluar tenaga bebas (IPP) bagi meningkatkan bekalan elektrik di daerah ini secepat mungkin,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments