Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

#PARLIMEN : KERAJAAN PERKENAL KONSEP SEWA DAN BELI KEPADA PENYEWA RUMAH PPR

March 7, 2018

bundesliga

 

Penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara akan diberi tawaran skim ‘rent-to-own’ (sewa untuk beli) dalam usaha kerajaan memberi pemilikan rumah kepada penyewa dan mewujudkan perasaan ‘self-belonging’ kepada rumah masing-masing.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata skim berkenaan akan ditawarkan hanya kepada penyewa asal.

“Oleh kerana kita dapati ada PPR yang disewa dan ada pula sewa atas sewa, jadi langkah pertama kita akan buat ‘pemutihan’ untuk pastikan mereka yang berada di situ adalah penyewa asal

“Apabila kita buat pemutihan kita akan beri penawaran kepada mereka dengan skim rent-to-own yang mana pihak penyewa ini diberi tawaran memiliki rumah dengan tanpa apa-apa deposit.

“…Sekiranya kita dapati penyewa ini merupakan pembayar sewa yang baik, sewaan yang mereka buat sebelum ini akan diambil kira,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Noh menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) berhubung mekanisme dalam soal memberi hak milik kepada penyewa PPR.

Terdahulu, Noh berkata sehingga Disember 2017, kerajaan telah membina 84,490 unit rumah PPR yang melibatkan pembangunan 122 projek di seluruh Malaysia.

Katanya bagi PPR disewa, kerajaan menawarkan kadar sewaan RM124 sebulan manakala bagi PPR dimiliki, harga jualan rumah adalah RM35,000 bagi Semenanjung Malaysia dan RM42,000 bagi Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, terdapat dua kategori PPR iaitu yang pertama adalah kos pembinaan rumah disediakan kerajaan pusat tetapi hak milik tanah dimiliki kerajaan negeri, manakala yang kedua adalah kos pembinaan dan tanah sepenuhnya milik kerajaan pusat.

Oleh yang demikian, untuk kos projek PPR hak milik kerajaan pusat, kita akan memberi hak pemilikan kepada penyewa sedia ada.

Untuk perkara yang melibatkan hak milik tanah kepunyaan kerajaan negeri pula, perkara ini akan dibincangkan dengan kerajaan negeri untuk mencadangkan pemilikan rumah diberi kepada penyewa, katanya menjawab pertanyaan asal Anuar mengenai perancangan kerajaan untuk memberi status pemilikan kekal melalui jualan unit PPR kepada penyewa.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments