Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PAKATAN PEMBANGKANG BUAT MANIFESTO JANJI KOSONG

March 9, 2018

bundesliga

Salleh Said Keruak melalui blog peribadi beliau dipetik berkata, Manifesto 138 muka surat Pakatan Harapan membuat banyak janji seperti memberi lebih banyak wang kepada rakyat.
 
Tetapi bagaimana mereka merancang untuk menggantikan pendapatan yang hilang? Mereka juga berjanji untuk memberi negeri-negeri bersamaan 20% royalti minyak. Adakah ini bermakna geran dan belanjawan pembangunan sekarang akan dikurangkan atau adakah berlaku tambahan bebanan kepada geran dan belanjawan pembangunan? Bagaimanakah negara mampu semua itu dan dari manakah wang itu akan datang? Soalan itu tidak pernah dijelaskan. Kita perlu membuat janji-janji yang boleh disampaikan, bukan sekadar janji yang dapat membantu memenangi pilihan raya.

Dalam manifesto yang sama, Pakatan Harapan bercakap tentang memulihkan kedaulatan atau kedaulatan undang-undang. Ia adalah perkara yang sama seperti yang dikatakan pembangkang pada tahun 1988, dan kemudian pada tahun 1998, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh mengamalkan pemerintahan melalui undang-undang berbanding pemerintahan mengikut perundangan. Hari ini, Pakatan Harapan berkata perkara yang sama sekali lagi dan telah memilih Tun Dr Mahathir untuk memimpin ‘perubahan’. Apa logik ini?

Pakatan Harapan juga mengatakan kedaulatan negara telah digadai. Apa yang mereka maksudkan sebenarnya? Adakah mereka mengatakan Malaysia bukan lagi sebuah negara yang merdeka? Ini sekali lagi perkara yang mudah sengaja dibesar-besarkan dan disensasikam. Malaysia masih sebuah negara yang merdeka dan kedaulatannya masih utuh.

Kita perlu realistik. Hakikatnya adalah manifesto Pakatan Ini hanya besar dalam kata-kata tetapi kecil dari segi kandungannya. Dengan mengurangkan pendapatan dan meningkatkan perbelanjaan, Pakatan tidak akan menyampaikan kesemua janji-janji mereka dan masih membangun Malaysia.

Kita mesti membina negara kita berdasarkan rancangan-rancangan yang terbukti, bukannya melalui janji-janji yang dikitar semula.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments