Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

MANIFESTO PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK – MKII

March 10, 2018

bundesliga

10 March 2018

 

 

Manifesto PH jelas hanya ingin meraih undi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14), namun ia tidak praktikal untuk dilaksanakan.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, segala pencapaian yang dibuat kerajaan hari ini adalah berasaskan konsep negara maju, iaitu menggunapakai sistem pencukaian yang cekap dan efisyen seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Jelas beliau lagi ianya terbukti mengurangkan kegiatan ekonomi terselindung (shadow economy) di Malaysia.

“Kerajaan menukarkan sistem yang efisyen daripada yang tidak efisyen, lebih 170 buah negara sudah pakai sistem GST, takkan kita nak bertukar kembali kepada SST yang menyebabkan ketirisan pendapatan kerajaan?

“Itu satu perkara yang sangat tak masuk akal. Lagipun mana mereka nak dapat duit untuk menampung perbezaan diantara kutipan GST dan SST untuk membiayai pembangunan negara? Adakah PH akan mengenakan cukai pendapatan dan cukai korporat yang lebih tinggi? soalnya seperti yang dilaporkan Portal BNBBC. 

Menyentuh berkaitan subsidi petrol, beliau berkata ia tidak bukan cadangan baharu.

“Kita sebenarnya sudah berikan subsidi kepada golongan bersasar dalam bentuk pengangkutan awam. I

“Bagaimana pembangkang nak berikan subsidi kepada orang yang pakai kereta? Tidak ada negara yang mengamalkan konsep ini lagi,” soalnya secara jelas.

Tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang cuba diwujudkan kepada golongan surirumahtangga, Johari berkata ia sudah dilaksanakan kerajaan kepada mereka yang ingin mencarum secara sukarela.

“Ini semua menipulah, kita pun tahu apa yang mereka janjikan sebelum ini tidak dilaksanakan, pendidikan percuma di Selangor, rumah mampu milik, Skim Peduli Sihat, semua hanya untuk PRU semata-mata,” ujarnya lagi.

Semalam, PH melancarkan manifesto dengan menggariskan beberapa perkara, antaranya menghapuskan hutang peneroka FELDA, memberi subsidi petrol secara bersasar, memansuhkan GST dan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – BNBBC


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments