Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

BN BAKAL TAMPILKAN MANIFESTO MESRA ORANG MUDA – PM

March 10, 2018

bundesliga

10 March 2018

 

 

Barisan Nasional (BN) akan menampilkan manifesto mesra orang muda pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) demi manfaat generasi masa depan.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN bukan sahaja mementingkan kemajuan dan perancangan generasi masa kini tetapi juga mementingkan kelangsungan generasi masa depan bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

“Kita bukan parti untuk hari ini (sahaja), kita bukan parti untuk generasi masa kini sahaja (tetapi) kita juga parti untuk masa depan generasi akan datang.

“Kita nak saudara saudari memikirkan bahawa kalau kita bagi sokongan, kita nak parti yang mana? KIta nak parti yang ada agenda jelas untuk generasi muda hari ini.”

“Saya setuju dengan syor Khairy Jamaluddin (Pengerusi Pemuda BN) supaya dalam manifesto, kita masukkan satu bab khusus untuk orang muda,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN, di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Pagoh, hari ini.

Semasa berucap di hadapan lebih 10,000 anggota pemuda dan puteri BN itu, Najib juga berjanji akan memikirkan agenda-agenda yang penting bagi generasi muda seperti ilmu dan kemahiran; pendapatan; peluang pekerjaan, tempat tinggal dan gaya hidup untuk dimasukkan dalam manifesto berkenaan.

Macam Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), baru-baru ini saya dah umumkan kenaikan elaun daripada RM1,500 kepada RM2,000. Untuk apa? Supaya orang muda yakin bahawa kerajaan BN adalah untuk mereka. Untuk puteri, kita dah bagi macam-macam, kalau lahirkan anak, dapat ADAM50 (Amanah Dana Anak Malaysia 2050)..kalau mengandung, boleh balik awal sejam, suami pun, kata beliau.

Perdana Menteri berkata semua yang sudah disediakan setakat ini oleh kerajaan BN hanya permulaan sahaja, dan kerajaan mempunyai perancangan lebih jelas dan menyediakan pelbagai kemudahan dan perancangan untuk generasi muda sekiranya diberi mandat sekali lagi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau juga berkata projek-projek berimpak tinggi seperti Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR), Aliran Transit Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Lebuhraya Pan Borneo juga bukan sahaja disediakan untuk generasi masa kini tetapi juga untuk dinikmati generasi masa depan, selain turut melibatkan secara langsung warga kerja orang muda dalam pelaksanaan dan pengurusan seperti jurutera dan juruukur.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments