Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

MANIFESTO PEMBANGKANG (MANSUH GST) BUKAN JANJI!

March 11, 2018

bundesliga

oleh Halim Tuah. 

Bank Dunia, IMF dan badan penarafan ekonomi antarabangsa mengiktiraf manfaat positif GST, dan tiada yang menyatakan ‘GST salah’ atau ‘mansuh GST’.

Malahan tiada sebuah negara pun dari 174 buah negara GST di dunia ini memansuhkannya; di mana Perancis merupakan negara pertama melaksanakannya pada tahun 1954 kemudian diikuti negara-negara lain antaranya Jepun, China, Korea, Kanada, India, Australia, Jerman, UK, Iran, Arab Saudi dan UAE.

Anehnya, pihak pembangkang asyik menabur janji kepada rakyat untuk menghapuskan GST sekiranya membentuk kerajaan tetapi tanpa cadangan kukuh tentang bagaimana akan menggantikan hasil pendapatan dari GST; jadi ianya samalah seperti hasrat mereka mahu memenangi pilihanraya tapi tiada sepakat calon Perdana Menteri!

Cukai GST merupakan pengganti cukai lapuk SST yang rumit dan tidak berfungsi dengan baik sama ada untuk pengguna atau perniagaan, juga tidak seiring dengan era ekonomi digital masa kini.

GST bukan cukai baharu tetapi transformasi cukai untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, mengawal ‘black economy’ dan mencegah aktiviti ekonomi haram, bagi mengurangkan pengelakan cukai serta meluaskan asas cukai keseluruhan. Kadar GST terendah dunia ialah 5% (Jepun, Kanada) dan tertinggi ialah 28% (India).

Kerajaan telah menaikkan had dikenakan cukai supaya mereka yang mempunyai pendapatan peribadi RM4,000 ke bawah tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.

Selain itu kadar cukai korporat dan kadar cukai pendapatan peribadi juga telah dikurangkan.

Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai skim-skim bantuan rakyat antaranya BR1M bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah.

Kesimpulannya ‘Manifesto Mansuh GST’ hanyalah retorik semata-mata, dan kita semua masih ingat prinsip pihak pembangkang bahawa pada mereka ‘MANIFESTO BUKAN JANJI!’

MANIFESTO PEMBANGKANG (MANSUH GST) BUKAN JANJI!Bank Dunia, IMF dan badan penarafan ekonomi antarabangsa mengiktiraf…

Posted by Halim Tuah Rahmat on Tuesday, March 6, 2018


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments