Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN KOTA KINABALU JIMMY WONG SZE PHIN PADA 16 MAC 2018

March 18, 2018

bundesliga

Petikan Dari Facebook Milik Jimmy Wong.

BERHUBUNG KENYATAAN KONTROVERSI JUFAZLI SHI AHMAT MELIBATKAN KEMATIAN ADUN APAS, DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN

Saya ingin mengambil perhatian semua ekoran kenyataan yang dikeluarkan bekas setiausaha politik saya sdr Jufazli Shi Ahmad berhubung pemergian allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang telah mengundang kontroversi dalam media sosial.

Di sini, saya ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan Jufazli merupakan pandangan peribadinya dan tiada kena mengena secara langsung mahu pun tidak dengan saya mahupun DAP. Untuk pengetahuan bersama, Jufazli tidak lagi berkhidmat dengan saya mahupun aktif bersama parti.

Walaupun saya dan allahyarham Datuk Tawfik berada dalam parti politik yang berbeza, kami merupakan sahabat baik dan tidak pernah bermusuhan.

Tidak dapat dinafikan, allahyarham merupakan individu yang telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat Sabah sebelum beliau keuzuran. Kita semua berasa terkejut dan bersedih atas pemergiannya dua hari lalu.

Datuk Tawfik juga merupakan seorang pemimpin yang budiman dan boleh meletakkan perbezaan politik ke tepi.

Kami juga belajar di sekolah yang sama di peringkat menengah dan sama-sama mengambil keputusan untuk berkhidmat kepada rakyat melalui platform politik. Justeru, segala isu yang ditimbulkan oleh Jufazli sebelum ini adalah tidak timbul di sini.

Sebagai Ahli Parlimen dan bekas majikan, saya ingin menasihati Jufazli supaya menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya dengan segera.

Saya juga tidak pasti mengapa dia mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Sebagai seorang yang masih dalam keanggotaan DAP, Jufazli memikul tanggugjawab untuk memelihara integriti dan nama baik parti dan tidak wajar melakukan sesuatu yang dilihat boleh menjatuhkan reputasi dan nama baik parti.

Nota: Sdr Jufazli telah meletak jawatan sebagai setiausaha politik saya selepas dua bulan berkhidmat dengan alasan untuk melanjutkan pengajiannya di Semenanjung Malaysia.

Terima kasih
Jimmy Wong
Ahli Parlimen Kota Kinabalu
Penasihat DAP Sabah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments