KUALA LUMPUR – Proses pelaksanaan Rang Undang-undang Anti-berita palsu harus disegerakan bagi mengekang lebih banyak berita fitnah dan masalah yang timbul akibat penyebaran maklumat tidak benar, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata rang undang-undang tersebut yang diluluskan Kabinet dua hari lepas adalah tepat pada masanya kerana ia mampu melindungi banyak pihak terutamanya masyarakat yang sering menjadi sasaran berita palsu yang tular oleh pihak individu yang tidak bertanggung jawab.
“Makin tangguh makin banyak masalah serta perkara berbangkit tentang berita palsu yang menjejaskan masyarakat kerana keliru, sedangkan pada hari ini kita banyak bercakap soal ?human civilisation’.
“Contohnya dalam Kementerian Pendidikan, Ketua Pengarah umum cuti sekolah dua hari di Selangor dan Wilayah Persekutuan disebabkan jerebu. Sebelah petang keluar satu surat lagi (palsu) kata cuti lanjut sehari lagi,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan bersempena Sambutan Hari Guru 2018 yang bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’ di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Penasihat Sosiobudaya kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim baru-baru ini dipetik berkata kerajaan sepatutnya tidak tergesa-gesa menggubal undang-undang bagi menangani berita palsu…..