Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PEMBERIAN BR1M BUKTI KERAJAAN PERIHATIN NASIB GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH

March 27, 2018

bundesliga

Katanya ia juga membuktikan kerajaan sentiasa menghargai sokongan, peranan serta sumbangan rakyat dalam pembangunan negara di negeri ini khususnya di Tenom.

“Berdasarkan bajet kerajaan persekutuan dan negeri bagi 2018, kerajaan telah menyediakan banyak peruntukan untuk mensejahterakan rakyat,” katanya pada majlis penyerahan BR1M, semalam. 

Radin berkata kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa berusaha memastikan nasib rakyat, khususnya mereka yang miskin dan berpendapatan rendah terbela dan mendapat kesamarataan.

“Untuk BR1M sahaja, pada tahun 2018 kerajaan BN menyediakan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion dan seramai tujuh juta rakyat mendapat manfaat daripadanya…RM600 juta daripadanya untuk rakyat di Sabah, ” katanya menambah rakyat harus bersyukur kerana kerajaan benar-benar perihatin dan peka dengan keperluan mereka.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Melalap berkata Malaysia merupakan antara beberapa negara membangun di dunia yang mampu dan berjaya melaksanakan program bantuan seperti BR1M.

Sementara itu, Radin berkata beliau bersama pucuk pimpinan BN Sabah sentiasa menyuarakan pandangan kepada Kerajaan persekutuan agar peruntukan pembangunan luar bandar di negeri ini ditambah.

“Kita juga minta projek-projek luar bandar oleh kerajaan persekutuan di Sabah dikendalikan oleh kerajaan negeri…ternyata pandangan kita diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan dan kita menghargainya, ” katanya.

Justeru, Radin mengajak rakyat berbilang kaum di kawasan luar bandar negeri itu agar terus menyokong dan mengundi BN pada pilihan raya umum ke-14 bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini.

Beliau menasihati rakyat di pedalaman supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai maklumat tidak betul dan fitnah oleh golongan tertentu yang berniat menjejaskan imej dan kredibiliti kerajaan sedia ada selain ingin memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments