Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

ISU PERSEMPADANAN SEMULA DIPERALATKAN OLEH TUN M SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK KEKALAHAN PAKATAN HARAPAN DI PRU14

April 1, 2018

bundesliga

Di tulis oleh,

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

Saya keliru dan rakyat juga hampir bingung apabila Tun M mengkritik persempadanan semula sebagai zalim sedangkan beliau juga melakukannya pada 1984, 1994 dan 2003 selama 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

DS Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang mungkin ketawa hingga jatuh kerusi apabila mendengar Tun M menyebut bahawa kerajaan langsung tidak memahami apa maksud keadilan hingga sanggup menipu. Sebagai bekas pengasas bersama PPBM, saya turut berasa seperti mahu pengsan apabila mendengarnya.

Persoalannya, bagaimanakah bekas Perdana Menteri yang paling lama di Malaysia tidak tahu klausa di dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perkara 113 (2) (ii) yang telah menyebut bahawa proses persempadanan semula boleh dilakukan dalam setiap selang masa 8 tahun.

Ianya membuatkan saya terfikir, adakah Tun M masih memiliki daya ingatan yang baik serta mampu menjadi Perdana Menteri semula ketika berusia 93 tahun kini?

Jawapannya mudah. Jika Tun M menyatakan bahawa kerajaan akan main kotor dalam PRU14, rakyat perlu melihat kembali keputusan PRU 6, PRU 7, PRU 8, PRU 9 dan PRU 10 di mana Tun M sentiasa mendapat mandat 2/3 kerusi parlimen.

Saya percaya Tun M akan menyatakan bahawa kejayaannya mempertahankan mandat 2/3 di parlimen sepanjang 22 tahun tersebut kerana beliau telah mentadbir negara ini dengan begitu baik sekali. Saya fikir Mat Sabu yang menggelarkan Tun M sebagai bapak perompak juga akan menganggukkan kepalanya tanda setuju sambil menyepak kaki Mukhriz di bawah meja.

Jika kita lihat kembali proses persempadanan semula yang terakhir sebelum ini yakni pada 2003 ketika era Tun Abdullah, BN telah kalah 5 negeri dalam PRU 12 dan hanya memerintah negara dengan majoriti mudah. (Ya PRU11 adalah terbaik dalam sejarah selepas PRU 1978 dengan BN memenangi 198 kerusi, sementara pembangkang hanya 20 kerusi dan bebas 1 kerusi).

Begitu juga dalam PRU 14 apabila DS Najib turut gagal mendapat mandat 2/3 parlimen dan gagal mengambil kembali Selangor dan Pulau Pinang.

Kesimpulannya, orang yang patut lebih tahu tentang taktik kotor (seperti dakwaan Tun M) adalah Tun M sendiri.

Saya juga mahu bertanya kepada Tun M tentang bagaimana beliau mampu mendapat mandat 2/3 dalam 5 PRU di bawah pemerintahannya walaupun pada eranya berlaku beberapa isu besar seperti:

1. Peristiwa Memali 1985 di Kedah dalam Operasi Angkara/Operasi Hapus yang telah mengorbankan 14 nyawa, berpuluh-puluh mangsa kecederaan serta beratus-ratus tahanan ISA.

2. Perebutan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 1987 yang menyaksikan UMNO terpecah 2 apabila Tun M hanya menang tipis dengan 43 undi ke atas Tengku Razaleigh (761 berbanding 718 undi)

3. Pengharaman UMNO pada 1988 apabila Mahkamah Tinggi mendapati UMNO telah melanggar Akta Pertubuhan 1966 dengan membenarkan perwakilan dari 30 cawangan baru yang belum didaftarkan di 4 Bahagian untuk mengundi dalam pemilihan Presiden UMNO 1987. Mereka adalah pengundi-pengundi hantu yang telah memenangkan Tun M dengan majoriti tipis 43 undi. Rentetan itulah Tun M menggubal semula Akta Pertubuhan 1966 dengan menambah Perkara 18C yang menghalang mana-mana ahli membawa sebarang hal parti ke mahkamah. (Saya adalah mangsanya yang pertama ketika menyaman DS Najib di Mahkamah Tinggi pada Ogos 2015. )

4. Pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada Mei 1988. 11 ahli UMNO yang terkejut dengan keputusan pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi (mereka hanya mahukan pemilihan UMNO 1987 di istiharkan tidak sah dan pemilihan dilakukan semula), telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung untuk merayu supaya pengharaman UMNO dibatalkan, dan pemilihan presiden 1987 dilakukan semula. Ketua Hakim Negara pada 24 Mei 1988 telah mengarahkan 9 panel hakim dilantik untuk mendengar rayuan berkaitan “supaya pengharaman UMNO ditarik balik, dan pemilihan 1987 dilakukan semula” tersebut di Mahkamah Agung. Namun begitu, 2 hari selepas beliau mengeluarkan arahan tersebut, yakni pada 26 Mei 1988, Tun Salleh Abas telah digantung dari tugasnya sebagai Ketua Hakim Negara. Kes tersebut telah turut digantung, UMNO kekal haram supaya pemilihan semula tidak perlu dilakukan. Tun M lebih rela UMNO diharamkan dan UMNO baru segera didaftarkan di ROS dari menghadapi kekalahan jawatan Presiden UMNO jika Mahkamah Agung memutuskan supaya pemilihan 1987 dilakukan semula. Saya percaya individu seperti Ambiga Sreevenasan dari Bersih dan YB Gobind Singh Deo dari DAP tahu dan benar-benar faham akan fakta ini melainkan mereka hanya memekakkan telinga dan membutakan mata hari ini untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

5. Penubuhan parti serpihan SEMANGAT 46 yang lahir dari perpecahan besar dalam UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan timbalannya, Tan Sri Rais Yatim pada 1988 selepas pengharaman UMNO. Semangat 46 telah bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada PRU 1990 dan 1995. Mereka memerintah negeri Kelantan. Pada masa yang sama, Semangat 46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM dalam Gagasan Rakyat pada PRU 1990. Walaubagaimana pun Semangat 46 dibubarkan pada 1996 dengan menyaksikan KuLi dan Rais Yatim menyertai UMNO Baru sementara 10,000 ahlinya mengikuti Ketua Pemuda Semangat 46 menyertai PAS.

6. REFORMASI 98 yang menyaksikan beratus ribu rakyat turun ke jalan raya dan mereka dilayan seperti anjing malah berpuluh orang telah di masukkan ke tahanan ISA tanpa dibicarakan. Ianya membawa kepada penubuhan Parti Keadilan pada 1999 yang bergabung dengan PAS dan DAP dalam Barisan Alternatif pada PRU 1990 (PRU 10). Ianya adalah PRU terakhir bagi Tun M dan beliau masih mengekalkan mandat 2/3 walaupun telah berlaku banyak penentangan terhadap pentadbirannya dari dalam UMNO sendiri sehingga beliau mengumumkan perletakkan jawatan yang kemudiannya ditunda hingga 2003.

7. Kegagalan MAS dan PERWAJA serta kerugian dalam dagangan Forex yang menyebab kan Malaysia kehilangan separuh dari rezab negara, perihal bailout beberapa syarikat termasuk syarikat kroni dan anak-anaknya termasuklah isu penswastaan yang menggila dan mencurigakan yang secara keseluruhan nya membawa kerugian yang mungkin mencecah ratusan billion Ringgit Malaysia.

Jika Tun M melakukan banyak kesilapan dan dosa dalam eranya, beliau tidak perlu fikir orang lain juga seperti dirinya. Baik Tun Abdullah mahupun DS Najib, kedua-dua mereka tidak menyiksa pembangkang dengan ISA dan mereka menerima kehilangan kerusi di parlimen sebagai hak kebebasan pengundi.

Sikap Tun M mempersoalkan SPR dan menyebarkan dakyah bahawa DS Najib akan menipu dalam PRU 14 mengambarkan beliau tidak mahu kalah dan tidak akan menerima kekalahan. Bagi Tun M, pilihannya hanyalah untuk menang.

Sejak kalah pada PRU tahun 1969, di Parlimen Kota Setar di tangan calon PAS Hj Yusof Rawa, Tun M cenderung untuk menyalahkan semua pihak di atas segala kegagalannya. Antara contohnya:

1. Menyalahkan sepenuhnya Gabenor Bank Negara yang sudah meninggal dunia dalam isu Forex BNM dan menberi alasan beliau tidak tahu menahu dalam isu kerugian RM 31.5 billion wang negara

2. Menyalahkan Almarhum Sultan Johor di atas isu pemecatan Ketua Hakim Negara.

3. Menyalahkan PDRM dalam isu penyiasatan dan penyabitan kesalahan DS Anwar Ibrahim dalam kesalahan seksual dan penyalahgunaan kuasa.

4. Menyalahkan Tun Musa hitam dalam Peristiwa Memali hingga mengorban banyak nyawa. Beliau memberi alasan tidak berada di Malaysia pada ketika itu, sedangkan Tun Musa Hitam mengesahkan bahawa beliau berada di Kuala Lumpur.

Saya percaya segala kritikan Tun M terhadap hal-hal berkaitan PRU 14 adalah persediaannya untuk menyalahkan kerajaan jika PAKATAN HARAPAN kalah dalam PRU 14. Malah saya tidak terkejut jika Tun M akan bersama-sama PAKATAN HARAPAN akan turun ke jalanan untuk merusuh dan membuat kacau bilau sekiranya PAKATAN HARAPAN kalah PRU14.

Semoga rakyat Malaysia berlapang dada untuk mengkaji dan memahami segala permasalahan dalam kekalutan yang dicetuskan oleh hanya SEORANG INDIVIDU, MAHATHIR MOHAMMAD.

Saya telah berusaha untuk menulis dalam bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh semua. Semoga ianya membawa manafaat untuk rakyat Malaysia.

Selamat ulangtahun ke 43 untuk diri saya. Terimalah hadiah dari saya untuk negara yang saya cintai, MALAYSIA


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments