Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PEMIMPIN SABAH TEMPELAK PENGERUSI PAKATAN RAKYAT TUN DR MAHATHIR.

April 4, 2018

bundesliga

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyertai pemimpin lain di negeri itu mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyalahkan “pemimpin tamak” atas “pembangunan perlahan” di Sabah.

“Apa yang Dr Mahathir beri kepada kami apabila beliau menjadi perdana menteri? Hanya sedikit berbanding apa yang kami dapat sekarang. Beliau tidak boleh bercakap mengenai penyediaan infrastruktur lebih baik kepada kami.

“Sebagai PM selama 22 tahun, beliau tidak melakukannya. Beliau akan mula memberi (pembangunan kepada kami) pada usia 93 tahun?” soal Pairin dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pairin merujuk janji Dr Mahathir untuk menambah baik kemudahan di Sabah dan Sarawak, jika Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih pemerintahan di peringkat pusat dan negeri.

Beliau berkata, Sabah dan Sarawak memerlukan pemimpin yang tidak mementingkan diri dan mampu menyelesaikan masalah.

“Jika beliau melihat pada banyak jalan baru, penempatan semula, rakyat dengan tanah yang dimiliki mereka, kampung dilengkapi bekalan elektrik dan air bersih di Sabah, ini semua melalui pembangunan yang berlaku selepas (berakhir) zamannya sebagai perdana menteri.

“Ini akan membuatkan beliau sedar siapa yang masih mementingkan diri.

“Memang ini janji pilihan raya Dr Mahathir, kini pilihan raya umum ke-14 semakin dekat, tetapi timbul persoalan mengenai keikhlasannya.”

Beliau turut membangkitkan “2 isu yang diabaikan pada zaman Dr Mahathir” iaitu pemerkasaan penjawat awam tempatan dan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengisytiharkan Hari Malaysia sebagai cuti umum kebangsaan disebabkan pengiktirafan terhadap pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Ia turut memberi rakyat Sabah dan Sarawak rasa kekitaan yang lebih kuat.

“Najib yang lebih berani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah yang menyebabkan laporan negatif mengenai Projek Kad Pengenalan dan banyak lagi dakwaan salah laku di bawah pentadbiran Dr Mahathir.”

Presiden Parti Bersatu Sabah itu berkata, Sabah dan Sarawak berkembang pesat sejak Dr Mahathir berundur pada 2003.

Beliau memberi contoh peruntukan daripada kerajaan pusat pada zaman pemerintahan Dr Mahathir dan penggantinya.

“Ketika menghampiri separuh daripada Rancangan Malaysia ke-11, hampir RM15 bilion sudah diperuntukkan kepada Sabah oleh kerajaan pusat. Tahun ini sahaja, jumlah itu sebanyak RM3.87 bilion.

“Jika dibandingkan dengan Rancangan Malaysia ke-7 (1996 – 2000) hanya RM6.93 bilion diperuntukkan. Di bawah Rancangan Malaysia ke-8, ia bertambah hampir 2 kali ganda kepada RM13.2 bilion.

“Di bawah Rancangan Malaysia ke-9, ia meningkat kepada RM17.7 bilion dan akhirnya pada Rancangan Malaysia ke-10, kami diberikan RM21.96 bilion.”

Pairin berkata, amat ironik untuk pengerusi PH itu mendakwa Sabah dan Sarawak boleh membangun pada kadar lebih pantas jika pemimpinnya “kurang tamak” kerana hakikatnya, 2 negeri itu hanya ketinggalan ketika beliau menerajui negara selama 22 tahun.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments