Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

JANGAN BENARKAN AGENDA TUN M RAMPAS HAK RAKYAT

April 15, 2018

bundesliga

Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri.

“Pengundi perlu faham dengan taktik licik itu dan sedar bahawa PRU14 adalah untuk rakyat memilih kerajaan dan bukannya lapangan bagi seseorang individu membalas dendam, “katanya lapor portal  Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Eco Pelancongan dan Agro Pelancongan Pahang Barat di bentong semalam

“Untuk menjayakan agenda peribadinya terhadap perdana menteri, Dr Mahathir telah memutarbelitkan pelbagai kebaikan yang dibawa kerajaan sehingga sanggup memesongkan fikiran rakyat dengan tuduhan serta dakwaan tidak berasas semata-mata untuk membangkitkan kebencian terhadap Najib dan Barisan Nasional (BN).

“Hasil perancangan dan agenda tersusun bagi memajukan rakyat dan negara yang dirangka perdana menteri, rakyat tentunya tidak boleh membenarkan pilihan raya ini dirampas oleh Dr Mahathir dan sekutunya dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata demi mencapai matlamat peribadi itu, Dr Mahathir yang kini merupakan pengerusi Pakatan Harapan telah menimbulkan bermacam-macam persepsi buruk terhadap kerajaan.

“Ini termasuk menuduh Najib menjual kedaulatan negara melalui pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gambang serta pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia di Johor,” katanya.

Beliau berkata selaku bekas perdana menteri, Dr Mahathir sebenarnya tahu tentang kaedah-kaedah di dalam menarik pelaburan asing dan faedahnya kepada rakyat tetapi sengaja ‘membutakan mata’ dan terus menaburkan fitnah bagi mencapai hajatnya.

“Tetapi kita yakin tindakan untuk meningkatkan kebencian terhadap kerajaan itu tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat yang sekian lama menikmati faedah daripada perancangan yang dibuat kerajaan,” katanya.

Liow selaku penyandang kerusi Parlimen Bentong mengadakan program turun padang sehari di daerah Bentong hari ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments