Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

BN SABAH KOMITED BANTU USAHAWAN MUDA

April 16, 2018

bundesliga

Barisan Nasional (BN) komited membantu golongan muda yang berhasrat melibatkan diri dalam perniagaan, kata Pengerusi BN Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Ketua Menteri Sabah  berkata komitmen itu yang dilaksanakan menerusi pemberian bantuan khususnya melalui agensi kerajaan bagi menggalakkan inisiatif golongan muda untuk menjana pendapatan.

“Hasrat kita dapat menjana pendapatan orang muda untuk berdikari”. 

Sebab itu BN sentiasa memberi perhatian kepada golongan anak muda khususnya membantu mereka untuk menjana pendapatan.

“Usaha kita untuk memberi peluang kepada anak muda supaya mereka boleh berjaya apa juga lapangan mereka terokai,” katanya pada Majlis Penyerahan Motosikal Mobilepreneur semalam. 

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Borhan Dollah dan Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara Jamal Nasir Othman.

Seramai 155 usahawan muda di daerah ini menerima bantuan motosikal di bawah program KKLW.

Mereka terlibat dalam perkhidmatan antaranya spa dan kecantikan, fotografi, senggaraan bangunan, senggaraan paip dan gunting rambut.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata komiten BN terhadap golongan muda turut diberi keutamaan dalam Manifesto pilihan raya umum ke-14 ini.

Dalam manifesto BN PRU Ke-14, antara yang digariskan untuk orang muda adalah meningkatkan pendapatan dan kemahiran, memperkasa ekonomi belia luar bandar, memudahkan usahawan muda mendapat bantuan dan meringankan beban keluarga muda. Bernama

 
 
 

Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments