Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

MALAYSIA BERHADAPAN LAMBAKAN BERITA PALSU JIKA TIDAK DIBENDUNG

April 18, 2018

bundesliga

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan menyaksikan peningkatan kegiatan perkongsian berita palsu yang berisiko memberikan ancaman kepada negara dan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia kini berdepan dengan terlalu banyak berita palsu yang dikongsi seluruh negara sehingga menjejaskan perkembangan rakyat.

 Justeru, katanya kerajaan bertekad untuk menghalang bahaya yang berisiko disebabkan berita palsu bagi memastikan rakyat tidak terus terpedaya, tanpa menafikan kebebasan rakyat menggunakan internet dan sosial media.

“PRU-14 hanya berbaki tiga minggu lagi, tempoh ini adalah tempoh yang sebilangan orang memanggilnya sebagai musim gila.

“Tempoh inilah kita akan saksikan banyak berita dan berita palsu dimuatkan secara digital, dikongsi dalam rangkaian dan diautomasikan pengolahannya.

“Hari ini kita hidup di era teknologi siber, atau era yang mana alam siber kini tidak lagi selamat, bahkan ancaman siber kini berada di senarai paling atas bagi kebanyakan negara,” katanya dalam ucapan penutup Forum Putrajaya 2018 bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mengulas ancaman keselamatan jenayah transnasional, Ahmad Zahid berkata, kerajaan kini mengambil pendekatan mewujudkan kerjasama sektor swasta bagi mendepani cabaran keselamatan yang semakin rumit.

Katanya, adalah mustahil untuk berhadapan dengan ancaman seperti itu tanpa membabitkan gabungan dan kerjasama aset pemegang kepentingan yang berkaitan termasuk agensi sekuriti lain bagi mewujudkan mekanisma baharu yang sesuai digunakan.

“Sebagai contoh, Malaysia berjaya bekerjasama dengan PETRONAS bagi mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di perairan Sabah dengan menggunakan gabungan sumber kerajaan bersama gergasi minyak terbabit.

“Berlandaskan kepada pengalaman ini, kerjasama kerajaan-swasta mungkin jawapan bagi ASEAN untuk menguruskan kestabilan dan keselamatan rantau ini merangkumi semua sektor,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments