Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

1 JUTA PEKERJAAN BAHARU MELALUI MYAPPRENTICESHIP

April 21, 2018

bundesliga

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sasaran itu diputuskan kerajaan setelah mengadakan mesyuarat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada 22 Februari lalu.

Bagi menjayakan sasaran itu, beliau berkata, kerajaan perlu mewujudkan kerjasama erat de­ngan syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat awam dan swasta.

“Inilah strategi kerajaan secara menyeluruh. Oleh sebab itu, Aku Janji Manifesto BN yang dibentangkan pada 7 April lalu adalah berdasarkan pencapaian kita pada 2010 yang berjaya mewujudkan 2.26 juta peluang pekerjaan.

“Kalau kita mempunyai ramai tahap kemahiran yang dituntut dan sesuai dengan kehendak, sudah tentu mereka (majikan) dapat mengalami perusahaan yang rancak. Jika pekerja mahir adalah satu kekangan, sudah tentu mereka tidak mampu berkembang,” katanya dalam majlis Perasmian Program MyApprenticeship di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ric­hard Riot.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran 18 dokumen kerjasama dan memorandum persefahaman (MoU) melibatkan agensi kerajaan serta swasta.

Selain MoU, portal MyApprenticeship iaitu www.myapprenticeship.my turut dilancarkan.

Najib berkata, melalui 18 MoU yang dimeterai bersama hari ini, 6,000 peluang pekerjaan baharu dijangka dapat ditawarkan kepada anak-anak muda Malaysia.

Perdana Menteri berkata, bagi mempercepatkan sasaran sejuta peluang pekerjaan berkenaan, kerajaan juga bersetuju memberi potongan cukai berganda kepada syarikat terlibat dalam program itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments