Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PERASMIAN PELANCARAN PENUBUHAN NELAYAN KAWASAN PARLIMEN LIBARAN.

April 21, 2018

bundesliga

SANDAKAN – Tan Sri DSP Musa Haji Aman, Ketua Menteri telah merasmikan pelancaran penubuhan LKIM Peringkat Parlimen Libaran, beliau dalam ucapannya bahawa kerajaan hari ini terbukti menunaikan janji untuk membela para nelayan laut dalam mahupun nelayan kecil.

” Kerajaan juga membantu nelayan dari segi subsidi minyak petrol dan setiap tangkapan ikan sekilogram juga akan dibayar rm.0.30 diikuti tambahan bantuan kos sarah hidup rm 300 sebulan kepada Nelayan oleh Agensi Kerajaan, ini lah keutamaan Kerajaan mendahulukan rakyat. ” kata beliau

Tan Sri juga menyarankan kepada semua yang hadir agar jangan memgamalkan sikap tidak mengenang budi. Dalam masa sama beliau menceritakan serba sedikit pengalaman ketika berada dalam politik dan menjadi pemimpin hari ini, iaitu sikap yang dipraktik beliau ialah tidak mengkhianati parti dan bekas pemimpin terdahulu.

“Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun pernah memberi nasihat kepada saya supaya tidak mengkhianati rakan, parti, rakyat dan negara. Dan dalam agama Islam juga kita di ajar supaya ikhlas dalam perjuangan dan adil untuk sebarang tindakan kepada semua bangsa dan agama.” Katanya

Sambil berjenaka Tan Sri, mengibaratkan bekas seorang pemimpin umno dulunya di sanjung dan diberi kuasa, tapi bila jatuh orang lain pula dipersalahkan, kini berkempen kesana sini menabur kata-kata kosong,  kononnya musa Aman lah yang menjatuhkannya ketika berada dalam Umno.

Oleh itu, Tan Sri Musa mahu rakyat menolak pemimpin seperti ini yang berjuang atas faktor inginkan kuasa sahaja, dalam masa sama rakyat diabaikan, sebagai contoh Daerah Semporna mundur sejak dia diangkat sebagai ahli Parlimen dan mantan menteri.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan nelayan menerusi program bantuan khas dan sentiasa memastikan mereka hidup dalam keadaan selesa.

Katanya lagi, kerajaan sangat menghargai peranan penting nelayan sebagai penyumbang sumber makanan utama di negeri ini.

Di perasmian tersebut Tan Sri Musa telah menyampaikan replika cek RM2 juta untuk bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada anggota PNK Sandakan dan RM650,000 bagi Program Pemantapan 15 PNK di negeri ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments