Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

WARISAN BONEKA PAKATAN HARAPAN DI SABAH – MUSA AMAN

April 23, 2018

bundesliga

Dakwaan Parti Warisan Sabah yang ia akan menjadi pemain utama sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 adalah impian tidak akan menjadi kenyataan, kerana ia hanya boneka Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata adalah ironi bagi Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal kini bercakap tentang memperjuangkan keperluan rakyat sedangkan beliau gagal melaksanakan tanggungjawab, dalam kementeriannya dan malah di kawasan diwakilinya semasa beliau menjadi menteri Kabinet Persekutuan.

Katanya jelas terserlah sifat hipokrit Shafie yang tiba-tiba kini mahu memperjuangkan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedangkan tidak berbuat demikian semasa mempunyai autoriti ketika berada dalam kerajaan dan berhubung rapat dengan mereka yang berkuasa seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sekarang tiba-tiba beliau mahu menyelamatkan Sabah untuk rakyat Sabah dan menyelesaikan isu MA63 ? Beliau kini bekerjasama dengan Dr Mahathir, yang gagal menjaga kebajikan rakyat Sabah selama 22 tahun menjadi perdana menteri dengan tidak mengiktiraf kepentingan Hari Malaysia, apatah lagi Perjanjian Malaysia 1963,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat daerah mengundi Batu Putih semalam.

Beliau berkata semasa Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri, beliau telah memberi pengiktirafan kepada Hari Malaysia pada 16 Sept dengan mengisytiharkannya sebagai cuti umum kebangsaan.

“Malah beliau turut meminta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani kehadiran sejumlah besar pendatang asing tanpa izin di Sabah dan bersetuju ditubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tinggi untuk menyelesaikan isu MA63.”

“Najib malah mengisytiharkan bahawa apa juga hak (dalam MA63) yang diambil secara tidak sengaja atau sengaja akan dikembalikan. Adakah Mahathir atau Muhyiddin pernah bercakap tentang perkara berkenaan sebelum ini,” soalnya.

“Sekarang Shafie mahu memuktamadkan isu MA63 dalam tempoh masa yang singkat. Beliau hanya mempergunakan perkara itu untuk memperbodohkan rakyat dan meraih faedah politik untuk mencapai impiannya,” katanya.

Beliau berkata Shafie tidak sepatutnya mengelirukan diplomasi senyap dan membawa isu itu ke meja perundingan untuk dibincangkan sebagai menurut perintah kerajaan Persekutuan dan perdana menteri.

Musa berkata dengan menjalin hubungan rapat dengan kerajaan Persekutuan telah memberi laluan kepada beliau untuk membangkitkan isu-isu Sabah dan pembangunan yang diperlukan untuk dibincangkan dengan Najib, sekali gus membolehkan beliau memohon peruntukan besar bagi pembangunan sosio-ekonomi dan projek berimpak tinggi di negeri ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments