Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

PROGRAM RATU HATIKU NEGARAKU PERJELAS INISIATIF BN MARTABATKAN WANITA

April 24, 2018

bundesliga

Daripada 31.7 juta penduduk Malaysia, hampir 50 peratus atau 15.3 juta adalah perempuan, menjadikan kepentingan golongan itu dalam struktur masyarakat tidak boleh dipinggirkan, dengan kerajaan yang memerintah sentiasa komited meningkatkan kualiti hidup golongan wanita.

Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata inisiatif manifesto BN yang melibatkan kepentingan golongan wanita akan dibincang dan diperjelaskan pada program Ratu Hati Negaraku esok supaya wanita memahami perancangan BN untuk memperkasakan wanita Malaysia.

“Program akan berlangsung dalam suasana santai dan saya sendiri akan mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan semua yang hadir mengenai apakah isi kandungan akujanji kerajaan BN untuk lima tahun akan datang,” katanya

Menurut Shahrizat, akujanji BN memuatkan sebanyak 25 inisiatif yang hebat dan mampu membahagiakan dan menjayakan kehidupan golongan wanita di Malaysia.

“Dalam perjuangan Wanita BN kali ini, golongan wanita diberi tempat yang amat istimewa sebagai ratu hati negara,” katanya, sambil menjemput wanita-wanita yang ingin mendapatkan maklumat mengenai komitmen BN untuk hadir ke program yang bermula 8.15 malam ini.

Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata manifesto BN, yang lebih komprehensif dan terperinci, menggariskan tindakan yang akan dilaksanakan BN untuk memperkasakan wanita dalam semua sektor dalam lima tahun akan datang.

Sungguhpun BN mengiktiraf kepentingan peranan wanita dalam pembinaan keluarga dan negara, perlu ada peluang dan pentas yang disediakan untuk menyokong aspirasi serta membolehkan peningkatan sosioekonomi mereka, katanya.

“Jadi, dokumen penting ini (manifesto) memberi tumpuan kepada inisiatif BN untuk meningkatkan kedudukan wanita dan menjadikan mereka lebih berjaya dalam hidup, tanpa mengira latar belakang dan profesion,” katanya.

Ketua Wanita MIC Datuk Mohana Muniandy ketika dihubungi berpendapat manifesto BN mencerminkan komitmen dan keikhlasan kerajaan mengiktiraf sumbangan penting golongan wanita sebagai aset dalam pembangunan negara.

Katanya ini adalah tepat memandangkan sumbangan kaum wanita dalam beberapa bidang termasuk ekonomi, politik, sosial dan profesional termasuk kejuruteraan, juruterbang dan guaman telah mencapai tahap kecemerlangan.

“Jadi harapan saya adalah sasaran untuk memperkasakan wanita dengan meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus di peringkat pembuat keputusan di sektor awam dan korporat dapat dicapai,” katanya.

Ketua Wanita MyPPP Helen Mening Sagang ketika dihubungi menyifatkan program Ratu Hati Negaraku sebagai satu agenda penting untuk memperjuangkan hak dan kepentingan kaum wanita dan janji BN dapat menjadi kenyataan apabila terus diberi mandat untuk memerintah.

“Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup wanita perlu diuar-uarkan

kepada masyarakat khususnya golongan wanita berpendapatan rendah (B40) bahawa hak-hak wanita akan terus diperjuangkan supaya wanita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi,” katanya.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan manifesto BN pada 7 April lepas menggariskan 14 teras utama yang bermula dengan fokus kepada golongan wanita dan kaum ibu. Ini memandangkan tahun 2018, diisytiharkan sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Najib turut menyatakan komitmen BN untuk memperkasa wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita bekerjaya bagi membolehkan mereka mengimbangi peranan dan tanggungjawab.

Manifesto BN turut melibatkan objektif untuk melahirkan ribuan wanita profesional dan berjaya dalam bidang korporat, penjawat awam, politik dan kepimpinan. Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments