Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

LIBARAN, SG SIBUGA DAN GUM GUM KUBU KUAT BN SELAMANYA.

April 28, 2018

bundesliga

Oleh Musa.

SANDAKAN –  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman yang mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dicabar oleh dua calon pembangkang.

Manakala Jufazli Shi Ahmad yang mengwar-warkan melalui facebook miliknya akan menentang Tan Sri Musa  di DUN Sg Sibuga pada Pru 14 ini  tidak muncul – muncul sehingga  lah Pegawai Pengurus Pilihan Raya menutup penerimaan borang pencalonan untuk bertanding dan tempoh bantahan tepat jam 11 pagi, oleh Faridah Giau di pusat penamaan calon di Dewan Sri Libaran, di sini, petang tadi.

Sumbar mengatakan Jojo atau Jufazli tidak bertanding di DUN Sg Sibuga takut hilang wang pertaruhan menentang Tan Sri Musa. Di khabar kan Jufazli lari ke DUN Tanjung Papat untuk menyelamatkan diri.

 

Tan Sri Musa adalah penyandang kerusi sg sibuga sebelum ini, menang dengan majoriti besar selama empat penggal di  DUN tersebut. Pencabar beliau kali ini  Osman Enting dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Asmara Abdul Rahman dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang merupakan abang kepada allahyarham Datuk Haji Basrah Abdul Rahman Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sg Sibuga Tan Sri Musa suatu ketika dulu. 

Manakala Parlimen Libaran pula, calon BN, Datuk Zakaria Edris yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Gum-Gum berdepan calon WARISAN, Irwan Shah Mustapa dan Alfian Mansyur dari Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT).

Bagi kerusi DUN Gum-Gum, Datuk Juslee Ajirul yang sebelum ini penyandang kerusi Parlimen Libaran ditentang  oleh empat calon pembangkang iaitu  Joilin @ Christine Bugung (PKS), Dahil Masdik (HARAPAN RAKYAT), Arnurasin Taib (WARISAN) dan Jamaludin Lamba dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Masyarakat Libaran tahu menilai pemimpin yang bekerja membangunkan kawasan yang diwakili mereka atau pembangkang bermusim yang hanya timbul seperti candawan selepas hujan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments