Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Tan Sri Musa Saman TYT Sabah

May 17, 2018

bundesliga

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, hari ini, memfailkan saman terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co, bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukan undang-undang.

Berdasarkan writ saman berkenaan, Musa mendakwa bahawa pengakuan sumpah Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri oleh Yang di-Pertua Negeri adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Peguam mewakili Tan Sri Musa Aman, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata, writ saman itu juga menghendaki pengisytiharan bahawa semua tindakan oleh Mohd Shafie yang dikatakan sebagai Ketua Menteri ketika ini sebagai batal, tidak sah dan tiada kesan.

Katanya, mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, kedua-dua defendan mempunyai tempoh masa 14 hari untuk memberi maklum balas kepada writ berkenaan.

Musa mengangkat sumpah Ketua Menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei lalu berdasarkan majoriti mudah 31 kerusi menerusi kerjasama BN-Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Dua hari kemudian iaitu pada Sabtu lalu, Mohd Shafie pula mengangkat sumpah Ketua Menteri di hadapan Juhar selepas mendapat majoriti berikutan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyatakan sokongan dan bekerjasama dengan pakatan Parti Warisan Sabah (WARISAN) – Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments