Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, maklumat yang diperoleh setakat ini mendapati Musa dikataka tidak berada di sekitar Kota Kinabalu.

“Kita sedang mencari jalan untuk mendapatkan beliau (Musa) bagi merakamkan keterangan dengan segera.

“Setakat ini siasatan sudah hampir lengkap yang tinggal keterangan daripada beliau (Musa) sahaja. Kemudian, hasil siasatan akan dihantar ke pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri 2018 Kepada Pasukan Keselamatan di Auditorium Menara Tun Mustapha.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengulas lanjut, Ramli turut memberitahu, tiada waran tangkap dikeluarkan terhadap Musa pada ketika ini.

Tambahnya, sembilan saksi termasuk Juhar telah tampil memberi keterangan sepanjang siasatan dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.