Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Lebih telus, demokratik jika buat pilihan raya k’jaan tempatan – Salleh

May 28, 2018

bundesliga

Petikan dari Tulisan Blog Salleh.

Bekas menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat terdapat kesan baik dan buruk sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan dijalankan.

Bagaimanapun Salleh percaya langkah itu akan membawa lebih banyak ketelusan sekiranya dilaksanakan.

“Satu perkara yang bagus ialah ahli majlis tempatan tidak lagi dilantik, tetapi akan dipilih, yang akan diterjemahkan kepada lebih demokrasi dan ketelusan,” katanya dalam catatan di blognya hari ini.

Salleh mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, yang berjanji kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memperkenalkan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa tiga tahun.

Dalam catatannya, Salleh berkata tidak ramai rakyat Malaysia hari ini sedar Malaysia pernah menjalankan pilihan raya berkenaan sehingga 1964.

Beliau juga menyatakan kebanyakan ahli majlis kini bukan terdiri daripada kalangan profesional kerana kriteria utama pelantikan mereka adalah kesetiaan kepada parti.

“Dengan pilihan raya kerajaan tempatan, rakyat dan bukan parti politik dapat memilih ahli majlis untuk menjaga kepentingan mereka.

“Ini mungkin buruk bagi parti, tetapi ia baik untuk rakyat. Menuju ketelusan dan profesionalisme dan dengan memilih ahli majlis, ini boleh dijamin,” katanya.

Zuraida semalam berkata pilihan raya kerajaan tempatan untuk memilih datuk andar dan presiden pihak berkuasa tempatan boleh diteruskan sebaik sahaja ekonomi negara stabil.

Beliau berkata kementerian itu akan mengkaji perkara tersebut dalam masa enam bulan akan datang, tetapi menjangka pilihan raya tersebut boleh diadakan dalam masa tiga tahun.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments