Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Skandal Sebenar Kapal Selam.

June 13, 2018

bundesliga

Jom kita berfungsi sebagai penyokong kerejaan yang amat telus, mulus, tun ya serta tablig amanoh patonoh. Tahniah YB Menteri Pertahanan kerana menyalurkan maklumat kepada rakyat. Baru hari ini rakyat tahu.

Daim Zainuddin Dan Mokhzani Mahathir Yang Mencadangkan Pembelian Kapal Selam

Ekoran terdapat cubaan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan memainkan semula isu pembelian kapal selam Scorpene dari Peranchis, dipaparkan info mengenai pembelian tersebut.

Projek kapal selam dipelopori oleh Mokhzani Mahathir dan Daim Zainuddin pada tahun 1995 sementara Najib adalah Menteri Pelajaran dan tidak terlibat dalam hal pertahanan.

Pelopor asal program kapal selam Malaysia ialah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, yang bertindak bagi pihak Daim Zainuddin). Mereka mencadangkan versi German Type 212 (an Air-Independent Propulsion version of the Type 209 design) melalui syarikat yang dipanggil … Perimekar Sdn Bhd, ketika itu beroperasi di sebuah banglo di Jalan Lembah Ledang di Jalan Semantan di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1999, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abu Bakar Jamal meyakinkan kepada Perdana Menteri pada masa itu (teka siapa) di Avillion Layang-Layang Resort agar membeli kapal selam yang sangat berkebolehan.

Perdana Menteri menerima idea tersebut apabila Laksamana Abu Bakar berkata, “Bayangkan kita (TLDM) boleh beroperasi dengan senyap sejauh Laut Jepun dan Lautan Hindi Utara, tanpa diketahui sesiapa.” Kemudiannya lampu hijau telah diberikan.

Sekitar September 2001, pemilikan Perimekar Sdn Bhd telah dipindahkan ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui ‘special purpose vehicle’ Boustead Bhd yang dikenali sebagai Ombak Laut Sdn Bhd. Lembaga Pengarah Perimekar Sdn Bhd adalah Laksamana Muda (Bersara) Hussin Tamby dan Mazlina Makhzan, isteri Abdul Razak Baginda.

Syarikat itu, bersama-sama dengan pegawai dari TLDM menyediakan lebih daripada 17,000 muka surat dokumen teknikal Scorpene. Selepas daripada itu, seperti yang dinyatakan dalam catatan sebelum ini, Setiausaha Perbendaharaan mengambil alih rundingan komersial terakhir. Kementerian Pertahanan, Perimekar tidak lagi memainkan apa-apa peranan.

Perjanjian untuk membeli dua kapal selam jenis Scorpene dari DCNS dan Thales telah ditandatangani pada Jun 2002, apabila Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan ketika itu yang akan memberikan kelulusan akhir untuk pemerolehan itu. Ia ditandatangani oleh semua pihak yang berkaitan di Ballroom di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Kementerian Kewangan diwakili oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Samsuddin Hitam manakala LTAT diwakili oleh Dato’ Lodin Wok Kamaruddin.

Pertimbangan untuk perjanjian itu sebahagiannya dalam bentuk – eksport minyak sawit ke Perancis. Pertimbangan akhir dari perundingan itu mengikut keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan yang mana dipersetujui oleh Perancis sebelum perjanjian itu ditandatangani – memberikan kepada Malaysia Airlines mendapatkan hak mendarat ke-5, ke-6, ke-7 dan ke-8 di Charles de Gaulle (CDG) Paris.

Jadi, sekarang anda tahu cerita di sebalik Scorpene. Sekarang anda tahu mustahil bagi sesiapa yang terlibat untuk melupakan perjanjian yang telah dibuat 15 tahun yang lalu.

Jadi, ianya adalah Mokhzani Mahathir dan Tun Daim Zainuddin disebalik kontrak kapal selam pada tahun 1995 dan keputusan muktamad dibuat pada tahun 2001 dan kontrak ditandatangani pada tahun 2002. Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 setelah semuanya selesai. Tetapi kemudian mereka menuding jari mereka kepada Najib yang tidak terlibat sehinggalah tujuh tahun kemudian. Dan inilah hasil siasatan yang didedahkan oleh polis Perancis.

Jadi, Mahathir membuat keputusan yang betul dengan menukar kuda di pertengahan jalan ketika ‘kuda’ kapal selam Scorpene baru ini lebih keldai daripada kuda lama 1MDB? Saya menganggap orang yang lemas akan memaut apa sahaja termasuk tahi dan Mahathir pasti memaut kepada tahi dengan menghidupkan semula kisah kapal selam Scorpene dimana anaknya, Mokhzani, dan Daim akan didapati bersalah.

Sesiapa yang lupa tidak seharusnya berada dalam politik kerana ia boleh menjadi tanda kemerosotan fungsi otak. Dan orang-orang ini harus mengingati Allah sebelum dia akhirnya melupakan Siapa Allah.

**************

Rujukan:

[https://pakdin.my/daim-zainuddin-dan-mokhzani-mahathir-yang-mencadangkan-pembelian-kapal-selam/]

Scorpene: Who Is Who And What Is What?

http://khairulryezal.blogspot.com/2017/08/hebat-top-dog-pakatan-harapan-beli-2.html?m=1

[http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/19/apakah-tun-m-tidak-menyedari-pembelian-kapal-selam/]

[https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/mahathir-kantoi-isu-lulus-beli-kapal-selam-tldm/]


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments