Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Sultan Johor percaya Najib perlu diberi peluang

December 27, 2015

bundesliga

Screenshot_2015-12-27-15-13-06-1

Sultan Johor percaya Najib perlu diberi peluang

Dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar The Star, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang – Gambar NSTP / Yazit Razali

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberitahu The Star baginda percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang dan semua orang mesti “bergerak ke depan”.

Katanya, semua perdana menteri melakukan kesilapan, dan Najib “adalah perdana menteri sama ada anda suka atau tidak”.

“Beta tahu perdana menteri menerima pelbagai kritikan tetapi beta katakan beri beliau peluang.

“Tahun ini akan menutup tirainya, kita mesti bergerak ke depan. Ia merupakan tahun yang mencabar bagi semua orang termasuk diri beta.

“Terdapat pelbagai isu masih perlu ditangani, perlu meyakinkan rakyat yang memerlukan jawapan, tetapi beta mesti katakan mereka juga perlu penutupnya.

“Setiap daripada kita melakukan kesilapan tetapi kita perlu bersedia belajar daripada mereka, membetulkan kesilapan dan melakukan perkara yang betul. Membetulkan apa yang salah,” titahnya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bentang bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.

Sebulan selepas seorang timbalan menteri berkata bajet yang diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mencukupi, Sultan Johor bertitah, baginda tidak faham mengapa agensi agama persekutuan itu perlu hampir RM1 bilion setahun.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda mahu Jakim menunjukkan kepadanya bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.

“Beta ingin tahu jika benar, mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

“Semasa persidangan Majlis Raja-Raja seterusnya, beta mahu mereka tunjukkan kepada beta pecahan perbelanjaan mereka.

“Beta ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah agama di sini,” pemerintah Johor itu dipetik sebagai berkata.

The Malaysian Insidermelaporkan pada November, Jakim memperuntukkan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai tahun ini, dengan sebahagian besar daripadanya untuk aktiviti dasar, termasuk menangkis cubaan “kumpulan ajaran sesat” menyesatkan umat Islam di negara ini.

Dalam responsnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim memerlukan lebih daripada RM1 bilion bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia dan memerangi mereka yang menentang kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, peruntukan sebanyak itu bukan satu pembaziran.

Tetapi, pengkritik menuduh Jakim bertentangan dengan Perlembagaan dan menceroboh kuasa Raja-raja, yang merupakan ketua agama bagi negeri masing-masing.

Sultan Ibrahim mengesahkan kedudukan Raja-raja dan berkata kuasa Jakim terhad kepada menasihati atau mencadangkan garis panduan kepada mereka.

Baginda berkata, terpulang kepada Sultan untuk menerima nasihat Jakim atau tidak, sambil menambah jabatan agama peringkat persekutuan itu tidak berhak campur tangan dalam negeri itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments