Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner
Feedburner

Home Lboard

images
SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE – 51 TIADA PERBEZAAN KAUM.

KOTA KINABALU – 16 September 2015. Sambutan hari Malaysia yang amat mariah kali ini di

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

LIM GUAN ENG LANCAR PROPAGANDA BODOH.

Arthur Sim Penampang MCA – mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang di keluarkan di portal

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

PEMUDA MCA PASIR GUDANG-putuskan-hubungan-dengan-najib-dibincang-hari-ini

Tan akui tidak tahu apa yang berlaku sehingga sayap Pemuda bahagiannya membuat kenyataan yang mencetuskan

Chegubard mahu dedah agen UMNO dalam PKR.

January 5, 2016

bundesliga

Screenshot_2016-01-05-20-32-45-1

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mahu mendedahkan agen UMNO dalam PKR susulan pertikaman lidah dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Badrul Hisham atau Chegubard dalam kenyataannya di Facebook berkata, beliau akan mendedahkan pihak sebenar menjadi agen UMNO dalam PKR selepas berperang dengan Azmin mengenai isu pembaziran kerja naik taraf Gerbang Darul Ehsan.

“Azmin melatah sebab panik dia tak sangka mesyuarat EXCO “pecah”… sabar ya Min (Azmin)… masih panjang… seperti disebut pendedahan pembaziran gerbang hanya pintu pada banyak benda. Esok saya dedah ya… siapa sebenar agen UMNO… jangan emosi sangat ya..,” katanya yang merupakan ahli PKR seumur hidup.

Mengulas lanjut, Chegubard mendakwa Azmin semakin panik apabila tidak menyangka kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang didedahkan itu bocor.

Katanya, Azmin seharusnya tidak cepat melatah dan panik kerana itu hanya menyerlahkan sikap sebenarnya.

Chegubard berkata, beliau akan menjawab tuduhan dan cabaran Azmin dalam satu sidang media esok di Pusat Gerakan Rakyat (PaGeR) SAMM di Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Azmin menasihatkan Chegubard supaya berhenti ‘menyalak’ dengan menggunakan media untuk menyebarkan fitnah.

Azmin dipetik berkata, Chegubard sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar mempunyai bukti ia tidak dibuat secara tender terbuka. – FMT


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FST.

Comments